Sup Tulang Ala Thai
Bahan-bahan :
1.5 kg tulang lembu dan daging tetel (campur)
1 bungkus sup bunjut tulang adabi
air secukupnya untuk merebus tulang
5 ulas bawang putih dipecah-pecah sahaja
1" halia dihiris kasar
1 batang saleri dipotong menyerong seinci
3 tangkai pokok ketumbar
pokok daun bawang secukupnya
3 biji tomato dibelah-belah
1 batang carrot dipotong bulat atau memanjang
segenggam cili api diketuk-ketuk
1 labu bawang holland dibelah-belah
1 senduk sos ikan
2 senduk jus limau nipis
Cara :
1. Rebus tulang dan daging tetel bersama halia dengan air yang banyak (agak-agaklah banyaknya) sehingga dagingnya empuk. Masukkan sup bunjut.
2. Kemudian masukkan bawang putih yang dipecah-pecah, sos ikan dan jus limau nipis. Seimbangkan rasanya.. masak lagi hingga mendidih.
3. Masukkan juga tangkai pokok ketumbar dan pokok bawang. Potong seinci-seinci.. mula dari bahagian tumbuh akar tu.(akar buanglah ya). Ketepikan bahagian daunnya.
4. Kemudian, masukkan carrot dan saleri serta cili api yang diketuk dan bawang holland.
5. Masukkan juga tomato.
Lagi.. apa yang belum masuk tadi semua, masukkan jerlah apa semua sekali, leburlah terus dalam periuk tu.
Sedia untuk dihidang panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.
Jangan lupa taburkan daun ketumbar dan daun bawang serta bawang goreng semasa menghidang.. barulah umphhhh!
sariyusa.blogspot.m
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan