KUALA LUMPUR: Kegagalan jantung adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan keadaan apabila jantung berhenti berfungsi.
Keadaan ini berpotensi mengancam nyawa apabila jantung tidak boleh mengepam darah yang secukupnya ke seluruh badan akibat otot jantung yang menjadi lemah, selepas beberapa ketika.
Akibatnya, pesakit sering berasa lemah sehingga hampir tidak boleh melakukan tugas harian yang mudah seperti memanjat tangga.
Keadaan ini berpotensi mengancam nyawa apabila jantung tidak boleh mengepam darah yang secukupnya ke seluruh badan akibat otot jantung yang menjadi lemah, selepas beberapa ketika.
Akibatnya, pesakit sering berasa lemah sehingga hampir tidak boleh melakukan tugas harian yang mudah seperti memanjat tangga.
Menurut Susanne Gruber, ketua francais kardio-metabolik dan pernafasan Novartis Malaysia, ramai yang tidak sedar kegagalan jantung adalah lebih berbahaya berbanding sesetengah jenis penyakit kanser.
Beliau berkata, separuh daripada pesakit kegagalan jantung yang dimasukkan ke hospital mungkin meninggal dunia dalam tempoh lima tahun.
"Kegagalan jantung mempunyai impak yang besar ke atas kehidupan pesakit dan mendatangkan beban juga kepada mereka yang menguruskan jagaan pesakit ini.
"Keadaan ini juga boleh menyebabkan kualiti kehidupan pesakit menurun memandangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang penyakit ini serta cara menguruskan keadaan penyakit itu," katanya.
Di peringkat global, kegagalan jantung menyebabkan kos RM450 bilion ke atas ekonomi dunia setahun. Kos yang seumpama itu lazimnya mendatangkan kesan berat bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga mereka yang menguruskan penjagaan mereka.
Keperluan pesakit untuk kerap dimasukkan ke hospital sebenarnya menimbulkan banyak tekanan yang mengatasi kos rawatan itu.
Memperbaiki kualiti hidup
Pakar kardiologi kanan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr David Chew berkata penyakit itu juga boleh menjadikan pesakit lemah tidak berdaya walaupun untuk tugas yang mudah dan melakukan kegiatan harian dengan kawan serta ahli keluarga.
Beliau berkata berdasarkan statistik, 76 peratus pesakit selepas didiagnos penyakit itu mengalami kesukaran untuk meneruskan kegiatan harian mereka.
"Kami faham dengan pahit getir yang terpaksa dilalui pesakit, justeru kami telah menghasilkan satu program penjagaan khusus untuk pesakit kegagalan jantung di IJN.
"Program ini diketuai oleh sekumpulan pakar kardiologi dan jururawat yang berdedikasi. Mereka ini akan bekerjasama dengan jabatan lain untuk membantu pesakit mengurangkan tempoh berada di hospital, masuk semula ke hospital serta memperbaiki kualiti hidup mereka," kata Chew.
Beliau menambah kajian juga menunjukkan program pengurusan penyakit seumpama itu mampu mengurangkan kemasukan semula ke hospital untuk penyakit kegagalan jantung dan kardiovaskular.
Kempen kesedaran 'Teruskan Degupan'
Nisbah kes kegagalan jantung adalah antara tiga hingga 20 bagi setiap 1,000 orang. Bagaimanapun, untuk golongan yang berusia 65 tahun ke atas, angkanya lebih tinggi sehingga 100 bagi setiap 1,000 orang.
Daripada semua kes penyakit tenat yang memerlukan kemasukan ke hospital, penyakit ini menyumbang enam hingga 10 peratus.
Bagaimanapun, di sebalik perangkaan yang semakin meningkat, daripada 10 orang, hanya seorang mungkin dapat mengenal pasti gejala yang biasa dikaitkan dengan kegagalan jantung iaitu sesak nafas yang teruk, bengkak buku lali, berat badan yang bertambah secara mendadak dan kesukaran untuk bergerak.
Menyedari keperluan untuk mencetuskan lebih banyak kesedaran tentang penyakit ini, IJN dan Novartis Corporation mengadakan kempen dipanggil "Teruskan Berdegup".
Kempen ini mendidik orang ramai bagaimana cara untuk mengenal pasti gejala, keadaan penyakit ini serta kesannya.
Ia juga memberi fokus untuk membantu pesakit kegagalan jantung menangani penyakit itu.
Ubat baharu
Ubat baharu "Entrestotm (LCZ696)" juga diperkenalkan sewaktu pelancaran kempen itu.
"Entrestotm dijangka mengubah pengurusan kegagalan jantung untuk tahun-tahun akan datang," kata Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, Ketua Jabatan Kardiologi IJN yang juga Pakar Perunding Kanan Kardiologi.
awani
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan