Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Gunakan jenis udang kecil atau biasa untuk membuat udang kering yang semestinya halal dan anda tidak ragu gunakan dalam masakan seharian.
Cara mudah membuat udang kering halal dan bersih

Sumber artikel cara buat udang kering yang halal dan tanpa ragu – ragu ini daripada Puan Suhaila Ishak dan diubah suai oleh kami . Anda boleh ke laman facebook beliau di link nama tersebut .


Dengan isu yang pelbagai timbul sekarang , jadi kita sebagai suri rumah semestinya mahukan yang terbaik dalam setiap masakan terutama masakan yang menggunakan udang kering. Walaupun udang kering banyak terdapat di pasaran , tapi mencari yang halal dan pastinya bersih menjadi satu cabaran besar. 

 

Selepas ini , kalau anda nak buat masakan udang butter ke , atau mahu memasak resepi udang masak merah , tinggalkan sedikit untuk dibuat udang kering kan.

Jenis udang yang sesuai digunakan adalah jika anda mahu yang kecil dan enak rasanya , gunakan udang kecil atau yang jenis berkulit keras jika mahukan sederhana. Harga udang sekilo sekitar RM10 – RM15 .

Pertama sekali untuk buat udang kering , rebus udang di atas dapur dan tambahkan seidikit garam . Untuk sekilo udang , hanya gunakan satu cawan air sahaja. Selepas selesai proses merebus , jemur udang di kawasan panas dalam tempoh sehari memandangkan negara kita sedang dilanda kepanasan melampau.


Bila dah kering , masukkan udang tadi ke dalam plastik dan ramas sehingga kulit udang tertanggal . Jangan dibuang kulit tu kerana antara khasiat kulit udang adalah menjadi  baja organik kepada tanaman sayuran anda.
Gunakan jenis udang kecil atau biasa untuk membuat udang kering yang semestinya halal dan anda tidak ragu gunakan dalam masakan seharian.
Cara mudah membuat udang kering halal dan bersih
Simpan  di dalam bekas kedap udara dan bila anda mahu menggunakan pada bila bila masa, hanya ambil dan guna. Memang sangat senang kan bila dah tahu cara buat udang kering.

Yang penting, halal dan bersih . Selamat mencuba daripada kami , team daridapur.com Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Catat Ulasan

 
Top