Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
02
Oct
2017
PEKANBARU, INDONESIA - Seorang lelaki cedera parah di tangan selepas digigit seekor ular sawa sepanjang tujuh meter ketika cuba menangkap haiwan reptilia itu, Sabtu lalu.
Dalam kejadian di Desa Belimbing di Indragiri Hulu, wilayah Riau, Robert Nababan, 37, cuba menangkap ular sawa tersebut namun menyebabkan tangannya digigit sehingga mengalami luka yang sangat serius.
Jurucakap polis, Sutarja berkata, mangsa yang cedera parah terus dibawa ke hospital oleh penduduk dan keadaannya dilaporkan stabil serta masih menerima rawatan di sebuah rumah sakit di Indah Sari, Permatang Rebah, Riau.
Menurut keterangan penduduk, lebih kurang jam 6 petang Sabtu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis bekerja sebagai pengawal keselamatan di ladang sawit.
Ketika menunggang motosikalnya, mangsa ternampak ada dua orang yang berhenti di tengah jalan kerana melihat seekor ular yang sangat besar.
Bimbang haiwan itu menganggu/mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mangsa bergegas turun dari motosikalnya dan cuba menangkap ular itu. Ketika mangsa menyentuh haiwan itu, tiba-tiba ular itu bertindak balas dan menyerangnya menyebabkan berlaku pergelutan.
"Robert pada mulanya berjaya menangkap kepala ular itu dan cuba memasukkan haiwan berkenaan ke dalam guni. Bagaimanapun, ular itu tiba-tiba menggigit tangan Robert, menyebabkan dia cedera parah," jelas Sutarja.
Seorang pengguna Facebook, Risdawaty Nababan, kemudian memuat naik keadaan terkini mangsa dan gambar ular sawa yang berjaya ditangkap dan dibunuh.
"Menurut laporan yang diterima, ular itu sudah digoreng dan dimakan bersama-sama oleh penduduk," kata Sutarja.
Sumber: The Reporter
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Related Posts
- Untungnya ! Lelaki Ni Bawa 65 Orang Bekas Gurunya Jalan-jalan Luar Negara03 Oct 20170
Beruntungnya cikgu-cikgu ni semua bila dibawa berjalan ke luar negara oleh seorang bekas pelajar. Fr...Read more »
- Tersebar Foto Percikan Darah Di Hadapan Kaabah, Ini Kata Arab Saudi03 Oct 20170
MAKKAH – Foto yang menunjukkan percikan darah tersebar di atas lantai di depan Kaabah tersebar luas ...Read more »
- Kerana Masukkan Pil Dalam Alat Sulit Untuk Hilangkan Keputihan, Wanita Ini Akhirnya Terima Padah03 Oct 20170
Agak pelik apabila ada yang mengatakan kaedah penggunaan jamu yang boleh dimasukkan ke dalam alat su...Read more »
- Rugi RM6 Juta, Ini Senarai Barang Mewah Yang Dirampas Pihak Polis Apabila Menahan Dato Boy Iman03 Oct 20170
Ketika ini isu paling panas dan hangat diperkatakan sudah tentunya kes dakwaan penipuan melibatkan D...Read more »
- Bila Tak Dapat Cara Kasar, Cara Halus Dia Hantar03 Oct 20170
Nauzubillahminzalik…Salah satu sifat negatif orang-orang Melayu, bila tak puas hati pada seseorang, ...Read more »
- "Saya Pun Sedih Dan Terkilan," Respon Datuk Nassier Wahab Tentang Penahanan Boy Iman03 Oct 20170
Penyanyi Datuk Nassier Wahab melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda syarik...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.