Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Pelakon dan ikon Islamic dalam industri hiburan Malaysia, Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah, semalam memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap pihak Booking.Com yang telah membatalkan tempahan hotelnya secara tiba-tiba tanpa sebab sehingga menimbulkan kesulitan. 

Menurut Yatt, dia telah menempah dua buah bilik di hotel berkenaan bagi tarikh 30 September hingga 1 Oktober. Bagaimanapun, apabila mereka tiba di hotel itu, kakitangannya memaklumkan tempahan mereka telah dibatalkan. 

"Dah confirmed booking dua bilik untuk 30 Sept - 1 Oktober di hotel 4 star ini seminggu awal. Nak buat bayaran online transfer, tapi Booking.com kata tak payah bayar on the spot, bayar di hotel itu semasa check ini sebab hotel itu yang akan uruskan pembayaran. 

"Pada hari kejadian, dah siap masak awal-awal pagi untuk bekalan berkelah dan kemas barang-barang nak bercuti dengan keluarga dan sahabat baik Yatie Karim serta keluarganya juga. 

"Dah sampai ke hotel dan dah loading semua barang-barang dan luggage di lobi hotel, dah berdiri di reception counter untuk check in dengan tunjukkan online booking confirmation seperti biasa, anak-anak dah tak sabar-sabar nak naik bilik dan salin baju mandi sebab nak berkelah di pantai. Muka masing-masing dah mood vacation riang ceria. 

"Alih-alih receptionist hotel itu kata Booking.com dah batalkan tempahan hotel kami pada hari yang sama kami tempah bilik di Hotel Avillion Admiral Cove ini! Terkejut gila kami semua! 

"So kami tiada bilik yang ditempah dan tiada bilik kosong langsung untuk buat tempahan baru. Staff hotel pun tiada kerjasama sangat untuk pastikan betul-betul booking kami. Ya Allah, sabar sajalah. 

"Padahal telah confirmed pada 23 September 2017, siap kami screenshot bukitnya. Kasihan pada anak-anak, muka semua hampa. Sudahlah weekends, nak cari hotel yang lain last-last minute ini punyalah susah," katanya. 








Menurut Yatt, sebelum ini juga dia pernah mengalami masalah dengan pihak yang sama di mana dia menempah bilik seperti yang diiklankan, namun apabila sampai, dia diberikan bilik yang lain. 

"Dengan malunya terpaksa masukkan semula semua barang dalam kereta. Kami dok pakai Expedia punyalah susah nak dapat hotel yang setaraf. Kami tak punya banyak pilihan dan akhirnya pencarian kami berakhir dengan hotel low rated tetapi harganya MashaAllah high rated!

"Alhamdulillah, ini sajalah rezeki kami kali ini. Tak boleh nak memilih sangat sebab masa itu dah lewat. Nanti terlepas mandi laut, menjawab dengan anak-anak. 

"Malangnya hotel tak sama dalam gambar yang diiklankan. Jauh sangat bezanya. Bilik lama, perabot usang, aircond segan-segan nak hidup, kotor, siap ada semut merah atas katil. Tapi harganya setaraf hotel 4-5 bintang! Mujurlah kami kenyang dengan sarapan pagi mereka yang memuaskan. 

"Harap sangat hotel ini improvise and upgrade for better facilities and services in the near future. Sayang sangat kalau tak jaga customers. Kang datang sekali saja, tak nak datang lagi dah.






"Siapa-siapa yang ada pengalaman yang sama seperti kami di hotel ini? Mohon minta management berhijrah. Firstly upgrade the cleanliness dulu ya! Seriously Mak Yong ni nak muntah every time masuk toilet. 

"So in a nutshell, next time do plan properly your vacation though it's a short one. Make sure to call the hotel you booked at least 3 days berfore to avoid any inconveniences and problems like we faced straight on our face. Lesson's learnt!" katanya. 

Walau bagaimanapun, Yatt tetap bersyukur kerana dapat meluangkan masa cutinya dengan anak-anak terutamanya ketika mandi manda di laut. Anak-anak mereka berjemur sehingga tidak mahu balik. 

"Habis mak bapak dan nenek mereka rentung," seloroh Yatt. 
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Catat Ulasan

 
Top