Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
27
Sep
2017
KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas bergelut dengan penghuni sebuah rumah yang telah dipecah masuk di Felda Simpang Waha awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika mengesahkan kejadian berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di kawasan perumahan Felda berkenaan melibatkan si mati yang juga merupakan seorang penduduk tempatan berusia 30 an.
Menurutnya, dalam kejadian itu penghuni rumah telah bertindak melindungi diri dan keluarga ekoran tindakan lelaki berkenaan yang telah memecah masuk ke dalam rumahnya.
"Dalam kejadian itu, penghuni rumah berkenaan telah bergelut dengan lelaki tersebut dan si mati telah meninggal dunia. Bagaimanapun siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan luar.
"Semakan juga mendapati si mati turut memiliki lebih lima rekod jenayah lampau. Siasatan kita pada masa ini menjurus pada kematian mengejut (SDR) dan juga Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambahnya, beliau meminta orang awam untuk memberikan masa kepada pihak polis bagi membuat siasatan lanjut kejadian tersebut.
Beliau juga meminta agar tidak ada pihak yang bertindak memanipulasikan kes berkenaan dengan ulasan dan pandangan tanpa berdasarkan fakta siasatan. - Sinar Harian
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Related Posts
- Tersebar Foto Percikan Darah Di Hadapan Kaabah, Ini Kata Arab Saudi03 Oct 20170
MAKKAH – Foto yang menunjukkan percikan darah tersebar di atas lantai di depan Kaabah tersebar luas ...Read more »
- Rugi RM6 Juta, Ini Senarai Barang Mewah Yang Dirampas Pihak Polis Apabila Menahan Dato Boy Iman03 Oct 20170
Ketika ini isu paling panas dan hangat diperkatakan sudah tentunya kes dakwaan penipuan melibatkan D...Read more »
- "Saya Pun Sedih Dan Terkilan," Respon Datuk Nassier Wahab Tentang Penahanan Boy Iman03 Oct 20170
Penyanyi Datuk Nassier Wahab melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda syarik...Read more »
- 'Mereka Menangis, Nampak Jelas Kekesalan Di Wajah Mereka' - Zulfa Khairi03 Oct 20170
Sebelum ini, media melaporkan suspek-suspek kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tidak...Read more »
- Akhirnya Pengarah Urusan DBI Properties, Boy Iman Ditahan Polis03 Oct 20170
POLIS menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama...Read more »
- Rogol Mayat Kekasih Dua Hari Berturut-turut02 Oct 20170
Bermotifkan api cemburu,seorang lelaki sanggup membunuh kekasih sendiri yang merupakan seorang janda...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.