Pada hari ini, pelbagai peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan menawarkan ciri-ciri yang lebih kurang sama antara satu sama lain. Ini membuatkan pelbagai syarikat ingin mencari titik jualan unik mereka dalam menarik pelanggan mendapatkan produk mereka.
Terkini, LG telah melancarkan sebuah telefon pintar baru untuk pasaran India, dinamakan sebagai LG K7i. Ia hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 720p, dilengkapi cip empat-teras 1.4Ghz, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. LG K7i turut menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel.
Apa yang sedikit uniknya mengenai telefon pintar ini adalah dimana LG menyertakan ciri menghalau nyamuk bersama dengannya. LG menamakan ia sebagai Mosquito Away, dan sedia diintegrasikan pada penghawa dingin keluaran mereka. Melaluinya, LG menyertakan sebuah bahagian khusus dibelakang yang mengeluarkan bunyi ultrasonik untuk menghalau nyamuk.
Walaupunbagaimanapun, untuk makluman, terdapat beberapa perdebatan mengenai kesan bunyi ultrasonik dalam menghalau nyamuk – dan ada yang mengatakannya tidak berkesan.
Di India, LG menawarkan LG K7i ini pada harga Rp 7990, iaitu sekitar RM514 mengikut kadar mata wang semasa.
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.