Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Sragen, Indonesia: Seorang wanita di sini digelar ‘wanita kayu’ selepas dia menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan hampir semua sendi anggota badannya tidak boleh digerakkan.
Sulami, 35, yang tinggal di Desa Mojokerto Kedawung di Sragen, Jawa Tengah, menghidap penyakit ganjil itu sejak 10 tahun lalu dan kini terpaksa bergantung kepada neneknya yang berusia 90 tahun untuk menguruskan diri.
Doktor memberitahu, Sulami menghidap genetik Ankylosing Spondylitis atau lebih dikenali sebagai ‘tulang belakang buluh’ yang menjadikan tubuh wanita itu kaku seperti kayu.
Sulami hanya mampu menggerakkan pergelangan tangannya dan bercakap serta terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan seperti robot.
Wanita itu memberitahu, dia menjalani kehidupan normal ketika kanak-kanak tetapi sendi badannya mula mengeras ketika dia meningkat remaja.
Keadaan itu menyebabkan Sulami menghabiskan kebanyakan masa dengan berbaring dan dia juga membuat hiasan manik untuk dijual sebagai sumber pendapatan.
Untuk tidur juga Sulami terpaksa meminta bantuan neneknya atau saudaranya yang lain kerana dia tidak boleh membengkokkan badan.
Sulami sebelum ini mempunyai seorang abang kembar lelaki yang menghidap penyakit sama tetapi meninggal dunia tiga tahun lalu.
Menurut Sulami, dia sudah berusaha merawat penyakitnya itu di hospital dan juga secara tradisional tetapi sehingga kini usahanya itu tidak menunjukkan sebarang hasil.
Walaupun tubuhnya kaku dan sukar bergerak, Sulami tidak pernah meninggalkan solat dan dia sering membaca kitab suci al-Quran dan berzikir.
“Setiap hari saya berdoa supaya sembuh daripada penyakit ini dan mampu hidup berdikari kerana saya tidak mahu menyusahkan keluarga saya,” katanya.
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan