Pernahkan para pembaca melihat patung-patung pahlawan yang dibina sebagai tugu peringatan?.. Sebenarnya, ada maksud yang tersirat di sebalik patung pahlawan dan kuda tersebut.
Tugu pahlawan dan kuda yang kakinya diangkat sebelah
Sekiranya patung kuda itu kelihatan hanya satu kaki hadapan yang diangkat, ini membawa maksud penunggangnya iaitu panglima perang tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika berperang. Akan tetapi, panglima tersebut bukannya meninggal di medan perang.
Ini pula patung pahlawan dengan keempat-empat kaki kuda tetap di tanah
Jika patung kuda itu kelihatan dengan keempat-empat kakinya berpijak di atas tanah, ini pula membawa maksud penunggangnya iaitu panglima perang tersebut meninggal dunia dengan cara semulajadi. Dengan erti kata lain, panglima tersebut meninggal dunia bukannya kerana berperang. Mungkin kerana penyakit kronik yang dihidapi oleh panglima tersebut hingga membawa kepada kematiannya.
Patung panglima dan kuda yang dua kakinya terangkat
Seterusnya, jikalau patung kuda kelihatan kedua kaki hadapan diangkat ke atas, ianya membawa maksud bahawa panglima perang tersebut meninggal dunia di medan perang.
Begitulah maksud yang terdapat di sebalik pembinaan tugu panglima dan kuda yang ditunggang. Pembinaan tugu ini bukan sekadar untuk peringatan sahaja malah membawa maksud yang tertentu juga di sebaliknya…
http://bicarasantai.com/
Catat Ulasan