
Sakit Penghapus Dosa
Cara Untuk Menyembuhkan Penyakit
Koleksi Renungan Pagi Blog Santai, ingin berkongsi salah satu cara senang untuk menyembuhkan penyakit dalam islam. Kesakitan atau penyakit adalah ujian Allah kepada setiap makhluk yang bernyawa. Sakit dan musibah yang datang kepada kita, mengandungi hikmah yang merupakan rahmat dari Allah Ta’ala.
Namun sayangnya, kita jarang melihat penyakit itu sebagai satu hikmah. Yang selalu kita lihat sakit itu adalah beban. Sebab itu bila sakit, kita selalu mengeluh bahkan yang lebih parah meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir Allah. Kalaulah kita tau, betapa besarnya hikmah disebalik penyakit yang Allah turunkan kepada kita, pastinya kita akan bersyukur apabila diberikan kesakitan.
Rasulullah S.A.W, bersabda:“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

Cara Untuk Menyembuhkan Penyakit
Sedekah Penyembuh Penyakit
Dalam islam, kita amat digalakkan untuk bersedekah. Dan ianya menjadi lebih perlu apabila kita ditimpa kesakitan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Ubatlah sakit kamu dengan bersedekah". Namun ada juga yang mempersoalkan, kenapa dia masih belum sembuh setelah bersedekah. Salah satu sebab adalah, kita melakukannya tanpa niat. Setiap sedekah yang kita lakukan untuk tujuan penyembuhan penyakit haruslah benar-benar ikhlas dan diniatkan secara jelas untuk menyembuhkan penyakit tersebut.
Salah satu kisah yang pernah kita kongsikan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa sedekah, adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk menyembuhkan seseorang daripada penyakit yang dideritai
Salah satu kisah yang pernah kita kongsikan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa sedekah, adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk menyembuhkan seseorang daripada penyakit yang dideritai
blog santai
Catat Ulasan