Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Hampir 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache.
Sakit kepala adalah perkara biasa dan boleh menyerang sesiapa saja  pada bila-bila masa dimana jua.
Sementara penyebabnya boleh berlaku  bukan hanya kerana penyakit kepala itu sahaja.
 Kebiasaan untuk mengatasi atau meredakannya kesakitan anda selalu  bergantung ubat penahan sakit kepala. Ada cara yang lebih baik, iaitu  mengelakkan penyebabnya. Dibawah ini lima penyebab utama terjadinya  sakit kepala, seperti dilaporkan daripada Health.com.
 1. Kekeringan atau Penyahhidratan
Ini adalah penyebab yang paling umum. Tubuh terdiri dari 60 peratus air  dan semasa kekurangan cecair tentu saja secara langsungnya bertindak  balas. Salah satu reaksinya adalah sakit kepala. Jadi, semasa anda mulai  terasa sakit kepala, minumlah beberapa banyak air putih yang termanpu.  Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana  kekurangan air atau cecair didalam badan.
 2. Perokok Pasif
Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala.  Semampu mungkin, elakkan berada di sekitar perokok. Jika terpaksa berada  di lingkungan perokok, hirup aroma lain seperti peppermint untuk  mengurangkan sakit kepala.
 3. Kafein
Walaupun kafein boleh membantu meredakan sakit kepala, tapi terlalu  banyak justeru boleh memberi kesan sebaliknya. Malah boleh menimbulkan  rasa sakit di kepala. Begitu juga apabila anda mulai terbiasa minum kopi  dan tidak minum sama sekali, maka akan sakit kepala sampai tubuh  melakukan penyesuaian.
 4. Stress
Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala  Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat.  Bergelut dengan pekerjaan dan tak sempat rehat akan membuat anda dengan  mudah mengalami tekanan.
 5. Sinus
Sinus kering atau padat juga menyebabkan sakit kepala. Sakit akan datang  dengan rasa yang dalam dan berterusan didahi, tulang pipi atau  dibahagian batang hidung. Rasa sakit biasanya makin parah intensif jika  menggerakkan kepala tiba-tiba.
 Ada 2 cara yang ingin saya kongsikan kepada anda :
 A. Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala
 1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
 2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
 3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
 4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
 5. Baca Surah An-Nas (1kali)
 6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
 7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)
 NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.
 B. Petua hilangkan sakit kepala
 1. Petuanya sediakan beberapa biji limau kasturi, limau yg kecil-kecil tu.. bukan limau mandarin.
 2. Perahkan limau kasturi tuh kat atas kepala satu persatu. Kalau ada  adik ker kakak ker nak menolong lagi baik… kalau yg ada suami atau  isteri tuh lagi terbaik… minta tolong diaorang yang perahkan
 3. Semasa perah tuh ramas-ramaskan rambut dan picit-picitkan kepala  kasi darah berjalan.  Kulit limau yg dah diperah tuh korang masukkan  dalam mangkuk berisi air bersih… Bila dah habis sesi perah dan picit tuh  ada baiknya masuk bilik air dan jiruskan bekas air berisi kulit limau  tuh atas kepala dan badan.  Pastu lapkan rambut dan kepala tu  sikit-sikit, jangan lak sampai hilang aura limau purut tu.. Kalau kena  muka basuhlah sikit muka tuh..
 4. InsyaAllah… bila dah bangun tuh pening atau sakit kepala tuh dah  tak ada dah… Kepala segar jer dan bonusnya rambut pun bau harum, seharum  limau kasturi…
 selamat mencuba yea..
 http://aiskosong.com/
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Home
»
»Unlabelled
» Punca dan Rawat Sakit Kepala Tanpa Ubat
          
      
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
Catat Ulasan