Label makanan meliputi apa-apa jenama, tanda, bahan bergambar atau  lain-lain pemerihalan yang bertulis atau bercetak pada sesuatu bungkusan  makanan. Label makanan bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan  pembungkus makanan, malah ia mampu membantu kita membuat pilihan  pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui cara menggunakan maklumat  yang tertera di dalamnya. Melalui label makanan, kita boleh membezakan  kandungan pemakanan antara pelbagai jenama dan mengetahui yang mana  lebih tinggi atau rendah kandungan nutriennya.
Antara maklumat yang boleh didapati pada label makanan yang membantu kita dalam membuat pemilihan makanan meliputi panel maklumat pemakanan, akuan pemakanan, senarai ramuan, penandaan tarikh dan informasi mengenai pengilang atau pengeluar.
 Panel Maklumat Pemakanan
Akuan Pemakanan Pada Label
Akuan pemakanan ialah sebarang akuan yang dibuat pada label makanan tentang kualiti pemakanan. Akuan seperti “bebas lemak”, “tinggi vitamin C” atau “gula dikurangkan” boleh dijumpai pada produk yang memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat akuan berkaitan.
Jenis-jenis dan penerangan berhubung akuan pemakanan ini diringkaskan seperti berikut:
 Senarai Ramuan
 Senarai ramuan pada label makanan adalah cara terbaik untuk mengetahui  isi kandungan makanan berbungkus. Kita juga boleh mengetahui ramuan yang  boleh menyebabkan alahan makanan melalui senarai ramuan yang  dipamerkan.Beberapa perkara yang boleh membantu kita daripada maklumat senarai ramuan tersebut adalah:
 Penandaan Tarikh
 Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewajibkan makanan mudah rosak seperti  rumusan bayi, susu dan hasil susu, biskut, roti, makanan bijirin untuk  kanak-kanak, jus buah dan sayur-sayuran dipasteur menyatakan penandaan  tarikh. Ia dinyatakan di dalam bentuk seperti berikut “TARIKH AKHIR”, “GUNA SEBELUM”, “MAKAN SEBELUM”, “MINUM SEBELUM” atau “BAIK SEBELUM”. Sebelum  membeli, kita perlu memastikan produk tersebut tidak terlalu dekat  dengan penandaan tarih terutama bagi produk yang dijual dengan harga  promosi atau jualan murah. Kita seharusnya sentiasa peka dengan  penandaan tarikh produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang  tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas  sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh yang tertera.
   
Catat Ulasan