Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

CHINA - Terharu membaca kisah seorang polis wanita tolong menyusu bayi yang menangis kelaparan ketika ibunya dibicara di mahkamah ini.Pegawai polis wanita yang bernama Hao Lina dari China ini telah dilihat menyusukan seorang bayi berusia empat bulan yang kelaparan di Shanxi Jinzhong Intermediate People’s Court pada 23 September lalu.

Menurut sumber, ibu bayi tersebut tiada di situ kerana terpaksa hadir ke perbicaraan mahkamah atas pertuduhan penipuan dalam pengumpulan dana, penyerapan wang simpanan awam yang menyalahi undang-undang dan menyembunyikan jenayah tersebut yang telah memperdaya lebih 2,800 mangsa. Fuh berat jenayah si ibu tu!

Pada jam 9 pagi, bayi berkenaan yang berada di bawah jagaan Hao dan rakan sekerjanya tiba-tiba menangis dan menarik perhatian ramai.

Hao yang juga seorang ibu muda tidak sampai hati melihat keadaan bayi tersebut yang asyik menangis. Dia akhirnya mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi itu selepas mendapat kebenaran dari si ibu.


“Bayi tersebut tak berhenti menangis dan kami semua risau… Saya seorang ibu muda dan saya dapat rasakan betapa cemasnya ibu bayi tersebut nanti. Apa yang saya fikir adalah untuk buat yang terbaik dan selesakan bayi yang kecil itu,” katanya kepada Daily Mail.

Berita mengenai sikap baik Hao terhadap bayi tersebut telah mendapat pelbagai respon positif dari netizen.

“Ini adalah pemandangan yang terindah saya pernah lihat,” kata seorang netizen.

“Saya percaya mana-mana anggota polis pun akan buat benda yag sama. Kalaulah saya si ibu, saya pasti berharap sesiapa membantu bayi saya juga,” tambah Hao Lina lagi.






Malah dilaporkan juga, ibu bayi tersebut menangis selepas meninggalkan perkarangan mahkamah akibat tersentuh dengan tindakan baik hati Hao terhadap bayinya.

Tindakan pegawai polis ini patut dijadikan contoh. Semoga bayi tersebut tak lupakan Hao bila dah besar nanti.
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Catat Ulasan

 
Top