Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
01
Oct
2017
IPOH: Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, Jumaat lalu dipercayai didera, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee.
Beliau berkata berikutan itu polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
"Bedah siasat yang dilakukan ke atas kedua-dua mereka mendapati berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan. Daripada penemuan ini, siasatan diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Gan berkata bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, mulai 3.30 petang hingga 7 malam, malam tadi, mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.
"Bedah siasat ke atas Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, mulai 9 malam hingga 11.30 malam mendapati dia meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut," katanya.
Gan berkata susulan itu, polis telah menangkap tiga lelaki berumur 29 hingga 44 tahun kira-kira 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan.
"Ketiga-tiga suspek ini bertugas bagi syif Jumaat (29 Sept) pukul 10 pagi hingga 11 malam. Penahanan reman kesemua suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seri Manjung," katanya.
Gan berkata polis turut merakam percakapan lapan tahanan yang ada di lokasi dan 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas di tempat kejadian.
"Selain itu, polis merampas set CCTV, tujuh T baton, sebuah buku log bertugas, buku log SOP (perintah tetap bilik tahanan Unit Sungai Wangi) dan beberapa telefon bimbit pelbagai jenama," katanya.
TLDM dalam kenyataannya semalam, menyatakan Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailal Tuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan semalam.
Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang. - BERNAMA
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Related Posts
- Tersebar Foto Percikan Darah Di Hadapan Kaabah, Ini Kata Arab Saudi03 Oct 20170
MAKKAH – Foto yang menunjukkan percikan darah tersebar di atas lantai di depan Kaabah tersebar luas ...Read more »
- Rugi RM6 Juta, Ini Senarai Barang Mewah Yang Dirampas Pihak Polis Apabila Menahan Dato Boy Iman03 Oct 20170
Ketika ini isu paling panas dan hangat diperkatakan sudah tentunya kes dakwaan penipuan melibatkan D...Read more »
- "Saya Pun Sedih Dan Terkilan," Respon Datuk Nassier Wahab Tentang Penahanan Boy Iman03 Oct 20170
Penyanyi Datuk Nassier Wahab melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda syarik...Read more »
- 'Mereka Menangis, Nampak Jelas Kekesalan Di Wajah Mereka' - Zulfa Khairi03 Oct 20170
Sebelum ini, media melaporkan suspek-suspek kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tidak...Read more »
- Akhirnya Pengarah Urusan DBI Properties, Boy Iman Ditahan Polis03 Oct 20170
POLIS menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama...Read more »
- Rogol Mayat Kekasih Dua Hari Berturut-turut02 Oct 20170
Bermotifkan api cemburu,seorang lelaki sanggup membunuh kekasih sendiri yang merupakan seorang janda...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.