Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
02
Oct
2017
Kegembiraan seorang wanita yang baru berkahwin dengan kekasihnya berakhir pada malam pertama selepas dia mendapati suaminya itu sebenarnya wanita.
Kisah perkahwinan sama jenis di Dusun Erelebu di Bulukumba, Sulawesi Selatan itu tular di Internet selepas gambar pasangan berkenaan dimuat naik di Facebook kelmarin.
Seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar berkenaan memberitahu perkahwinan itu adalah antara pasangan sejenis.
Tribunnews.com melaporkan, wanita itu yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna, 20, berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai Rahmat Yani pada 17 September lalu.
Bagaimanapun, selepas majlis perkahwinan itu, Syarifah terkejut selepas mendapati suaminya itu memiliki alat kelamin wanita.Syarifah terus keluar dari bilik dan memberitahu keluarganya yang kemudian membawa Rahmat ke balai polis.
Ketika disoal siasat polis, Rahmat mengaku dia adalah wanita dan nama sebenarnya adalah Rahmayani.
Wanita itu juga mengaku dia menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Rahmat Yani untuk berkahwin dengan Syarifah.
Pasangan itu dilaporkan bercinta selama enam bulan sebelum Rahmayani bertemu keluarga Syarifah untuk meminang wanita itu.
Sementara itu, seorang ahli keluarga Syarifah, Maemuna memberitahu, wanita itu tidak menunjukkan ciri-ciri seorang perempuan dan dia juga bersuara lantang.
“Kami tidak tahu dia seorang perempuan dan terus menerima lamarannya.
“Dia juga menunjukkan kad pengenalannya yang jelas tertera jantinanya adalah lelaki,” katanya yang dipetik Tribunnews.com semalam.
Sumber: Eberita
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Related Posts
- Untungnya ! Lelaki Ni Bawa 65 Orang Bekas Gurunya Jalan-jalan Luar Negara03 Oct 20170
Beruntungnya cikgu-cikgu ni semua bila dibawa berjalan ke luar negara oleh seorang bekas pelajar. Fr...Read more »
- Tersebar Foto Percikan Darah Di Hadapan Kaabah, Ini Kata Arab Saudi03 Oct 20170
MAKKAH – Foto yang menunjukkan percikan darah tersebar di atas lantai di depan Kaabah tersebar luas ...Read more »
- Kerana Masukkan Pil Dalam Alat Sulit Untuk Hilangkan Keputihan, Wanita Ini Akhirnya Terima Padah03 Oct 20170
Agak pelik apabila ada yang mengatakan kaedah penggunaan jamu yang boleh dimasukkan ke dalam alat su...Read more »
- Rugi RM6 Juta, Ini Senarai Barang Mewah Yang Dirampas Pihak Polis Apabila Menahan Dato Boy Iman03 Oct 20170
Ketika ini isu paling panas dan hangat diperkatakan sudah tentunya kes dakwaan penipuan melibatkan D...Read more »
- Bila Tak Dapat Cara Kasar, Cara Halus Dia Hantar03 Oct 20170
Nauzubillahminzalik…Salah satu sifat negatif orang-orang Melayu, bila tak puas hati pada seseorang, ...Read more »
- "Saya Pun Sedih Dan Terkilan," Respon Datuk Nassier Wahab Tentang Penahanan Boy Iman03 Oct 20170
Penyanyi Datuk Nassier Wahab melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda syarik...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.