Home
»
viral
» Kini, Ada Aplikasi Bernama ''AyoPoligami'' Yang Memudahkan Orang Lelaki Untuk Cari Isteri Ke-2, 3 & 4, Cetus Kontroversi
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
02
Oct
2017
Mencari wanita untuk dijadikan isteri kedua, ketiga atau keempat kini mungkin menjadi lebih mudah bagi mana-mana lelaki di Indonesia apabila seorang pembangun aplikasi telefon pintar Indonesia memperkenalkan aplikasi 'AyoPoligami' untuk memudahkan golongan yang berhajat untuk berpoligami.
Dirancang untuk dilancarkan semula pada Oktober, 'AyoPoligami' dibangunkan sebagai satu "platform untuk menemukan pengguna lelaki dengan pengguna wanita yang bersedia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar", seperti yang dikhabarkan oleh penciptanya.
Lindu Pranayama berkata, ilham untuk menghasilkan aplikasi tersebut muncul apabila mendapati kebanyakan laman mencari jodoh tidak menyediakan perkhidmatan untuk lelaki yang sudah beristeri berkahwin lagi.
"Bila mereka menyertai laman mencari jodoh yang sedia ada, mereka tidak menemui pilihan untuk poligami.
"Mereka tidak menjumpai pilihan untuk mencari isteri kedua, ketiga atau keempat," katanya.
Berdasarkan pelancaran awal aplikasi tersebut baru-baru ini, 'AyoPologami; sudah pun dimuat turun oleh ribuan pengguna sehingga applikasi tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu sebelum dilancarkan semula.
Walaupun syarikat yang mengasaskan aplikasi tersebut, Pandu Solusi mendakwa sedang berbincang dengan cendekiawan Islam mengenai isu berbangkit, aplikasi tersebut terus mencetuskan kontroversi dan debat dalam kalangan masyarakat tempatan, malah ada yang menganggap ia bakal menjadi punca keruntuhan rumah tangga.
Namun, syarikat dan pembangun aplikasi tersebut mendakwa sudah pun mengambil langka-langkah sepatutnya agar anggapan tersebut tidak menjadi realinya. Antaranya, pengguna yang mahu mencari pasangan poligami perlu memberikan maklumat peribadi serta surat persetujuan poligami daripada isteri pertama, yang mana adalah sah di sisi undang-undang Indonesia.
Menunggu untuk dilancarkan semula, susun atur applikasi tersebut menampilkan imej kartun lelaki berjanggut berlatarbelakangkan seni bina Islamik, diapit oleh 4 wanita kiri dan kanan dan 3 kanak-kanak serta berpakaian gaya Islamik.
"Saya tidak fikir aplikasi tersebut akan menjadi popular", kata Bonar Tigor Naispospos dari Institut Setara.
''Ramai wanita, termasuk mereka yang taat pada agama tidak bersetuju dengan aplikasi ini'', katanya lagi.
Sumber: Siakapkeli
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Related Posts
- Untungnya ! Lelaki Ni Bawa 65 Orang Bekas Gurunya Jalan-jalan Luar Negara03 Oct 20170
Beruntungnya cikgu-cikgu ni semua bila dibawa berjalan ke luar negara oleh seorang bekas pelajar. Fr...Read more »
- Tersebar Foto Percikan Darah Di Hadapan Kaabah, Ini Kata Arab Saudi03 Oct 20170
MAKKAH – Foto yang menunjukkan percikan darah tersebar di atas lantai di depan Kaabah tersebar luas ...Read more »
- Kerana Masukkan Pil Dalam Alat Sulit Untuk Hilangkan Keputihan, Wanita Ini Akhirnya Terima Padah03 Oct 20170
Agak pelik apabila ada yang mengatakan kaedah penggunaan jamu yang boleh dimasukkan ke dalam alat su...Read more »
- Rugi RM6 Juta, Ini Senarai Barang Mewah Yang Dirampas Pihak Polis Apabila Menahan Dato Boy Iman03 Oct 20170
Ketika ini isu paling panas dan hangat diperkatakan sudah tentunya kes dakwaan penipuan melibatkan D...Read more »
- Bila Tak Dapat Cara Kasar, Cara Halus Dia Hantar03 Oct 20170
Nauzubillahminzalik…Salah satu sifat negatif orang-orang Melayu, bila tak puas hati pada seseorang, ...Read more »
- "Saya Pun Sedih Dan Terkilan," Respon Datuk Nassier Wahab Tentang Penahanan Boy Iman03 Oct 20170
Penyanyi Datuk Nassier Wahab melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda syarik...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.