Pada awal hari ini, laman BIG Prepaid dibawah AirAsia telah dilabelkan sebagai berbahaya oleh beberapa perisian sekuriti, disebabkan oleh penyertaan skrip kriptowang, sekaligus menggunakan CPU milik peranti pengguna yang melayari laman berkenaan untuk melombong wang digital.
Kaedah melombong ini telah dilakukan oleh beberapa laman sejak beberapa minggu lepas, sekaligus menguntungkan pemilik sesuatu web. Ia mungkin tidak disedari oleh sesetengah pengguna, dan ramai yang mengkritik perbuatan seumpama ini kerana mengambil kesempatan pada laman-laman yang sedia popular.
Bercakap mengenainya, AirAsia Big Prepaid mengatakan yang mana mereka menyedari penyertaan skrip kriptowang pada laman BigPrepaid pada sekitar 2.19 petang tadi, dan telah membuangnya daripada semua laman yang terjejas.
Bagi anda sendiri, anda dinasihatkan untuk mengemaskini perisian sekuriti anda untuk versi terkini, selain mungkin turut boleh menggunakan AdBlock Plus untuk menghalang skrip seumpamanya.
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan