Sudah lebih dua tahun kami mendengar Samsung akan melancarkan peranti skrin boleh lipat mereka. Peranti yang diberikan kod nama Galaxy X/Project Valley ini beberapa kali telah tertiris rekaannya menerusi paten yang difailkan oleh chaebol terbesar Korea Selatan ini. Jadi adalah agak mengejutkan apabila ZTE dikatakan akan memintas Samsung dan melancarkan peranti dengan skrin lipat pertama mereka terlebih dahulu.
ZTE Axon M dipercayai akan dilancarkan pada 17 Oktober hadapan di New York. Maklumat yang diterima adalah sedikit buat masa ini. Ia dipercayai sebuah peranti dengan dua skrin HD penuh yang apabila dibuka mempunyai skrin sebesar 6.8″. Apabila dilipat semula ia akan kelihatan seperti peranti pintar biasa.
Selepas rekaan nirbingkai dan skrin bernisbah 18:9, peranti skrin boleh lipat mungkin adalah evolusi seterusnya bagi peranti mudah alih. Secara peribadi kami masih menantikan evolusi rekaan bateri yang berkapasiti besar, besaiz kecil dan dicas lebih pantas. Bagaimana pula dengan anda
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.