Ini beberapa fakta tentang geng motosikal berkuasa tinggi yang mungkin akan mengubah persepsi anda terhadap golongan yang selalu dianggap sebagai penyemak di jalan raya.
1. Semangat Setiakawan Yang Tinggi
Walaupun kadangkala mereka tidak mengenali antara satu sama lain, mereka tidak akan sesekali teragak agak untuk membantu bikers lain yang sedang dalam kesusahan sama ada di atas jalan raya atau dalam kehidupan seharian. Semangat ini yang menjadikan mereka satu kumpulan yang unik dan sentiasa bersama susah dan senang.2. Kongsi Kreativiti Tanpa Batasan
Salah satu aktiviti menarik apabila berada dalam kumpulan bikers ini adalah anda akan berpeluang untuk menjadi kreatif dalam hal modifikasi motosikal berkuasa besar anda. Lebih menarik, rakan rakan dalam kumpulan yang sama tidak akan lokek berkongsi ilmu malah berkongsi alat ganti tertentu untuk dicuba oleh anda sendiri. Sharing is caring mereka kata.3. Jelajah Berkumpulan
Ini aktiviti paling mencabar sebenarnya untuk kumpulan bikers, jelajah ke satu satu destinasi dalam jumlah motosikal kuasa besar yang banyak. Perasaannya cukup lain apabila anda bersama rakan rakan yang lain meluncur laju di atas jalan raya bersama motosikal masing masing. Jika anda tidak pernah merasa, ada peluang anda akan terus menjadi bikers sejati selepas itu.
4. Peluang Berkenalan Dengan Individu Berpengaruh
Ini bukan sesuatu yang kami reka. Dalam sesetengah kumpulan bikers di luar sana anda tidak akan tahu dengan siapa yang akan anda kenal. Ramai yang menyertai geng motosikal berkuasa besar untuk mencari kelainan dalam hidup dan ada antara mereka datang dari dunia korporat atau juga arena politik. Siapa tahu, jawatan besar anda seterusnya datang dari kenalan bikers.
5. Menunggang Satu Terapi Diri
Percaya atau tidak, bagi 99% bikers di luar sana, menunggang motosikal berkuasa besar mereka adalah merupakan satu terapi positif untuk diri sendiri. Hanya bikers sahaja tahu bagaimana satu perasaan tenang apabila menunggang tanpa perlu memikirkan dunia luar. Selepas ini jika anda tertekan dengan kerja atau belajar, apa kata cuba tumpang abang bikers? Heh.
http://www.rotikaya.com Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan