Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
masa
Kesibukan sebagai ibu dan ayah terutama yang bekerja membuatkan masa agak terhad untuk dihabiskan dengan anak. Jadi bagaimana hendak meluangkan waktu untuk membacakan buku cerita atau bercerita sambil mengeratkan hubungan erat ibu dan anak atau ayah dan anak?

Masing-masing sibuk mengejar masa dengan kerjaya di pejabat, hambatan kesesakan di jalan raya membuatkan masa yang tinggal hanya sedikit untuk si manja. Namun, anda patut ketahui yang aktiviti bercerita dengan anak kecil adalah salah satu aktivti yang dapat merangsang perkembangan mindanya.



Ia membantu anak merangsang imaginasi, menambahkan tatabahasa serta yang paling penting menguatkan hubungan rapat antara ibu ayah dengan anak. Tentu sahaja ada ibu bapa yang sibuk bekerja akan mengeluh bagaimana mereka dapat menghabiskan masa berkualiti dengan si anak bagi melakukan aktiviti tersebut.

Sebenarnya anda boleh membuat aktiviti tersebut pada bila-bila masa mengikut kreativiti anda. Jika tidak mampu bercerita dengan anak sebelum mereka tidur, anda boleh gunakan masa yang ada bersama mereka, misalnya di dalam kereta ketika dalam perjalanan menghantar mereka ke tadika atau taska untuk berbual dan bercerita.

Ciptakan suasana ceria dengan anda bercerita sebuah kisah yang menarik untuk didengar oleh anak. Untuk menambahkan lagi rasa ingin tahu anak, anda boleh buat cerita tersebut secara bersiri. Biar dia tidak sabar menanti hari esok untuk mendengar sambungan cerita.

Jangan benarkan anak anda menggunakan gajet seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya sepanjang perjalanan tersebut kerana ia hanya akan menggagalkan aktiviti bercerita yang dirancang. Pastinya jika si anak sibuk bermain gajet, tumpuan dan fokus mereka kepada cerita anda akan berkurangan. Memang diakui gajet tersebut mampu membuatkan anak duduk diam tetapi ia langsung tidak membantu anda membina ikatan dan merangsang komunikasi dengan anak.

Sekiranya aktiviti ini sudah anda biasakan sejak anak usia bayi lagi, pasti ia tidak akan menjadi masalah kepada anda sekeluarga untuk mencipta keceriaan yang dapat merangsang perkembangan positif anak walaupun sentiasa sibuk mengejar masa.
pama
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Catat Ulasan

 
Top