Aluminium Foil adalah sejenis kertas aluminium yang kita selalu gunakan untuk membakar ikan atau apa-apa saja yang melibatkan memasak makanan yang bakar-bakar.
Kebanyakan kita mempunyai aluminium foil ini di dapur dan hanya akan digunakan apabila hendak membakar makanan. Kebanyakan kita tidak tahu bahawa aluminium foil init terdapat pelbagai kegunaan yang hebat.
Disini kami akan berkongsikan lima kegunaan lain aluminium foil.
1. Mengekalkan rasa pizza yang disimpan
Jika anda memesan pizza balik kerumah tedapat lebihan pizza yang tidak habis anda tidak lagi perlu buang. Ramai orang membuang kerana sudah tidak sedap dimakan kalau disimpan. Ikut cara ini, anda bungkuskan pizza tersebut dengan aluminium foil satu persatu dan letakkan didalam peti ais bahagian atas. Biar ia disitu sehingga anda hendak makan semula.
Apabila hendak dimakan anda keluarkan semula dan panaskan ia di dalam oven atau pun kuali selama 10 minit dan hasilnya seolah-olah pizza yang baru dipesan kerana pizza anda masih segar dan elok.
2. Mencuci kotoran degil di bekas makanan anda
Jika dirumah anda tiada penggosok besi untuk mencuci kotoran degil di bekas makanan, ada tidak perlu risau aluminium foil boleh menggantikan penggosok besi anda.
Keronyokkan aluminium foil tersebut dan gumpalakn seperti bola kecil dan anda terus boleh menggunakannya untuk menggosok bekas makanan anda.
3. Mencantikkan semula bingkai gambar lama
Bahan-bahan yang diperlukan.
Bingkai kayu lama yang sudah lusuh
Aluminium foil
Gam
Pewarna Metalik
Pisau
Sapukan gam di atas sekeliling bingkai bahagian hadapan
Terbalikkan bingkai tersebut atas hamparan Aluminium foil dan biarkan kering
Selepas kering, Potong alumnium foil tersebut dengan pisau ikut bentuk bingkai
Sapu cat bewarna kesukaan anda dia atas aliminium foil tersebu
Dan ini hasinya. Cantikkan
4. Mengasah gunting yang tumpul
langkah ini adalah yang paling senang, anda hanya perlu menggunting Aluminium foil tersebut berulang kali dan hasilnya gunting anda akan menjadi tajam semula
5. Memudahkan anda menggosok baju
Menggosok baju adalah perkara yang paling ramai orang tidak suka kerana lambat tetapi terpaksa lakukannya.
Kali ini kami akan berkongsi caranya untuk memudahkan anda menggosok baju.
Tanggal sarung kain papan penggosok baju anda dan anda hamparkan aluminium foil di atas papan tersebut dengan membalut keseluruhan permukaannya.
Sarung semula sarung kain tersebut
Anda sudah boeh menggunakannya. Kelebihan cara ini adalah anda tidak perlu berkali-kai mengulang gosok di tempat yang sama kerana haba strika akan memanaskan foil tersebut dan akan membalikkan haba terkena baju anda.
Keadaan ini terjadi seolah-olah anda menggosok kedua-dua bahagian baju depan dan belakang. Selain itu cara ini melancarkan pergerakan strika anda apabila ditolak kerana aluminum foil ini membuatkan permukaan menjadi licin.
6. Membersihkan oven
Penat untuk mengikis sisa makanan yang hangus terjatuh di bahagian bawah oven? Lapiskannya dengan aluminium foil di bawah permukaan oven. Ini akan membolehkan segala air atau sisa makanan tidak melekat di bawah permukaan oven.
7. Menjadikan sabun buku tahan lama
Lapikkan sekeping aluminium foil di dalam bekas sabun mandi anda sekaligus akan mengelakkan aliran air yang banyak.
8. Membuat pemantul potrait
Keadaan permukaan aluinium foil yang meantulkan cahaya sesuai untuk menggantikan pemnatul cahaya yang mahal. Dengan menggunakan kadbod yang dibaluti dengan kertas aluminium foil sebagai pemantul potrait akan menjadikan gambar yang diambil lebih hidup dan cantik!
9. Melancarkan siaran TV
Sekiranya televisyen ada seperti dalam gambar di mana pemain DVD diletak di atas tv akan menyebabkan siaran tv akan terganggu kerana medan magnet antara kedua-dua alat ersebut bertembung. Untuk mengatasi masalah ini hanya perlu meletak sekeping aluminum foil antara pemain DVD itu dan tv anda.
10. Melembutkan gula perang
Ramai orang memasukkan gula perang ke dalam mikrowave untuk melembutkan isi gula tersebut, namun ini sebenarnya menjadikan gula tersebut semakin mengeras. Jadi, untuk melembutkan gula perang tersebut, cuba balutkan gula perang dengan kertas aluminium foil dan bakar pada 300 darjah (Fahrenheit) selama 5 minit.
blog serius
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan