Sebagai jalan penyelesaian, pastinya ubat batuk jadi harapan untuk menyembuhkannya.
Ini ada resepi bagi menyediakan sirup ubat batuk yang amat mudah dan mujarab!
Tambahan pula, bahan-bahan ini sangat mudah didapati iaitu hanya  menggunakan 4 sudu minyak zaitun, 10 sudu madu dan 3 sudu air lemon.
Anda hanya perlu campurkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam periuk kecil dan didihkan dengan api yang perlahan.
Selepas selesai bolehlah disejukkan dan disimpan di dalam botol.
Jangan memperkecilkan keajaiban tiga bahan ini, kerana sememangnya  bahan-bahan ini mempunyai kelebihan dan keberkesanan tersendiri.
Minyak zaiton dapat meredakan sakit batuk dan berkesan mencegah  keradangan di tekak. Manakala, madu mampu meredakan batuk dan memberi  tidur yang lebih nyenyak. Air lemon pula sebagai pereda radang tekak  paling efektif.
Ubat batuk ‘DIY’ ini juga dikatakan mampu bertahan selama tiga bulan.  Tetapi sebelum digunakan, panaskan ubat batuk tersebut terlebih dahulu.
Ubat ini menggunakan bahan-bahan semulajadi, dan tidak memberi  kemudaratan kepada pesakit yang mempunyai penyakit alergik kepada bahan  kimia.
Cubalah, memang senang!
mummynemo 
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
 
Catat Ulasan