Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Sirap Maple biasanya dimakan bersama lempeng di negara barat. Namun begitu ramai juga rakyat Malaysia yang menyukai sirap maple. Sirap yang biasa dibeli rupanya coklat keemasan dengan konsistensi yang likat. Namun proses menghasilkan sirap ini bukan juga sesuatu yang mudah, terutamanya bila dihasilkan secara tradisional.
Sirap maple dihasilkan dengan cara mengumpul air nira pokok maple sebanyak yang mungkin. Dalam set gambar ini, air nira dikumpul dari 65 batang pokok, yang menghasilkan kira-kira 250 gelen air nira maple yang mentah.
Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Inilah cara air nira maple dikumpulkan. Ia akan mengalir keluar dari batang paip.
Dari 250 batang pokok, kira-kira 65 gelen air nira dikumpulkan. Air ini kemudiannya dididihkan dalam periuk ini, yang boleh memuatkan 56 gelen air nira dalam satu-satu masa. Setiap kali air nira tersejat, jumlah air didalam periuk semakan sedikit, dan air nira mentah akan ditambah sehingga habis kesemuanya.
Setelah dididih dan disejat, tinggal lima gelen air nira pekat.
Setelah itu, air nira ditapis menggunakan penapis khas bagi diasingkan dari endapan seakan pasir. Proses menyaring ini mengambil masa yang agak lama.
Setelah ditapis, sirap maple dimasukkan dalam bekas, biasanya sebesar botol minyak zaitun atau botol jem.
Kemudian barulah boleh dituang untuk dimakan bersama penkek, aiskrim atau menjadi bahan untuk hidangan enak yang lain. Awesome kan?
Sumber: imgur menerusi amazing nara
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan