7 Undang-Undang Pemanduan "Pelik" Di Dunia
Larangan Jalanraya Pelik Di Dunia
Kisah 7 larangan pemanduan yang pelik didunia mengisi slot Info pagi ni. Kalau kita sebut pelik mesti ada yang kelihatan atau kedengaran agak janggalkan atau mungkin tak logik. Tapi pastinya setiap negara ni ada alasan tersendiri mengapa undang-undang tersebut perlu dikuatkuaskan. Jom kita tengok logik ke tak tak logik undang-undang dia orang ni:
Minum Sambil Memandu
Tiada kereta kotor di jalanan
Kereta yang kotor di larang berada di atas jalanraya. Pemandu kereta yang kotor di Moscow akan dikenakan denda sebanyak 2000 Rubles ( kira-kira $ 55). Yang ni agak susah sikit nak kawal kot..Kalau kat Malaysia ni debu banyak. Hari-hari kena basuh ni.
Pemandu Perlu "Portable Breathalyzer"
Semua pemandu di Perancis dilarang memandu tanpa "portable breathalyzer". Jika ditangkap tanpa kit ni, pemandu boleh didenda sebanyak €11 ($15). Lebih mahal dari harga kit. Hmm..agak pelik jugaklah. Tapi oklah kot sebab harga kit tu cuma $5.
Tak Boleh Guna Isyarat Tangan
Pemandu Di Cyprus dilarang sama sekali untuk mengeluarkan isyarat tangan kepada pemandu lain. Kalau angkat tangan kerana marah pun tak boleh tau. Yang ni orang Malaysia selalu buat. Kalau tertangkap, pemandu boleh didenda sejumlah 25 euro, atau kira-kira $ 35. Hmm..elok jugak kot. Kalau kat Malaysia ni mesti ramai kena denda..nasib baik bunyi "Hon Marah" diboleh kan..
Ini Jalan Gembala
Jangan memandu kalau ada haiwan ingin menyeberang. Di Afrika Selatan , gembala lembu, kuda, keldai, kambing biri-biri ada hak di atas jalanraya. Mana-mana pemandu kenderaan perlu berhenti jika haiwan-haiwan milik gembala ingin menyeberang jalan. Sekiranya degil, denda sebanyak $ 500 akan dikenakan. Hmm..Kita pun tak boleh bayangkan, kalau nak cepat. Nak tunggu semua haiwan tu menyeberang tentu ambil masa kan.
Denda Jika Air Terpercik
Pemandu dilarang beraksi tidak sopan di atas jalanraya. Kalau mana-mana pemandu ditangkap kerana air atau lumpur tepercik kepada penjalan kaki, denda sebanyak $ 60 akan dikenakan. Yang ni ok jugak kot cuma kat Malaysia ni banyak sangat lopak. Kalau hujan air banyak atas jalan. So kena hati-hati. Kalau tak sepanjang jalan kena denda.
Boleh Guna Jalan Bergantung Kepada Plate Kereta
Kalau di sesetengah negara seperti Itali menyekat akses kepada zon tertentu, semasa waktu puncak, Manila lain pula ceritanya. Agak complicated. , Pemandu di beberapa daerah paling sibuk di Manila, dilarang memandu pada hari-hari tertentu bergantung kepada plate kereta masing-masing. Sebagai contoh, jika plate kereta mereka berakhir dengan 1 atau 2, mereka boleh dikenakan denda jika ditangkap memandu pada hari Isnin dari jam 7 pagi hingga 7 malam. hmm..susah jugak ni.. Memandu Tanpa Memakai Baju
Semua pemandu kereta, bas atau teksi tut-tut di Thailand dilarang memandu tanpa baju. Yang ni ok kan. Yalah kalau kat Malaysia ni ada je yang "shirtless" masa memandu. Panas agaknya. myblogsantai.blogspot
Catat Ulasan