Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Penemuan mumia di gurun Taklamakan, China menjadi lebih menarik apabila ahli arkeologi turut menemui keju pada dada dan leher mumia berkenaan.
Menurut kajian yang dilakukan di Institut Max Planck Cell Biology and Genetics, keju berkenaan berasal dari tahun 1615 Sebelum Masihi (SM), 3,500 tahun lalu, menjadikannya keju tertua di dunia pernah ditemui.
“Penemuan ini membuktikan teknologi pembuatan keju yang mudah dan murah sudah wujud sejak lama dulu,” kata ahli arkeologi, Andrej Shevchenko.
Pada mulanya, ahli arkeologi menemui beberapa cebisan kecil pada dada dan leher mumia berkenaan dan selepas pemeriksaan dilakukan didapati ia sebenarnya keju.
Foto
Andrej berkata keju itu mungkin ditaburkan pada mayat sebagai bekalan makanan untuk kehidupan selepas mati mengikut kepercayaan masyarakat zaman itu.
Kajian sebelum ini menunjukkan teknologi pembuatan keju bermula sekitar 7,000 tahun lalu tetapi keju yang dibuat pada zaman itu tidak pernah ditemui.
Ahli arkeologi yakin teknologi sama digunakan dalam pembuatan keju pada zaman berkenaan, dengan campuran susu dan yis.
Mumia berkenaan ditemui di perkuburan Xiohe yang juga dikenali sebagai Small River Cemetery Number 5 yang menyaksikan penemuan pertama di situ sekitar tahun 1930-an oleh ahli arkeologi Sweden.
Mumia di kawasan berkenaan ditempatkan dalam keranda berbentuk perahu. Keranda berkenaan dibalut dengan kulit lembu, mewujudkan ruang tidak berjisim, membolehkan mayat didalamnya diawet.-myMetro
ANAK panah menunjukkan cebisan keju yang terdapat di leher mumia yang ditemui di China.
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Related Posts
- Dalam Masa 14 tahun Rumah Lelaki Ini Sudah Dilanggar 40 Kali08 Mar 20140
Rumah memang menjadi tempat paling selesa dan mendamaikan bagi setiap orang di seluruh dunia . Namu...Read more »
- Kanak-kanak Berusia 5 Tahun Menjadi Ibu Termuda Kerana Melahirkan Bayi07 Mar 20140
Lina Medina lahir tarikh 27 September 1933 di Peru. Pada usia 5 tahun tiba-tiba perutnya membesar s...Read more »
- Foto Pelajar Wanita Bertudung Berlatih Kung Fu di India.06 Mar 20140
Gambar gambar berikut telah di ambil dari sesi foto dalam daily mail.Mereka sangat mahir dan tangka...Read more »
- Suku Kaum Karo Bersolek Guna Kapur Untuk Mencari Jodoh04 Mar 20140
Berpakaian menjadi hal yang sangat rumit bagi wanita di seluruh dunia untuk menarik perhatian...Read more »
- Pasar Ngeri di Sulawesi Utara Menjual Daging Haiwan Liar Seperti Ular ,Anjing Biawak Dan Lain-lain.04 Mar 20140
Pasar Beriman Tomohon yang terletak di Sulawesi Utara, terkenal sebagai pasar yang menjual daging h...Read more »
- Wanita Ini Ketagih Makan Sos Tomato Sebanyak 75 kg Per Tahun03 Mar 20140
Sos tomato memang menjadi bahan pelengkap terbaik untuk membuat makanan kelihatan lebih sedap . Nam...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.