Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Murai Batu percaya ketika ini ramai di antara korang semua yang tengah sibuk mengikuti laporan pihak media mengenai sidang media tergempar Hanez Suraya bersama teman lelakinya, Romie Razin Adilha yang telah diadakan di Hotel One World, petang semalam.

Sidang media tergempar itu telah diadakan Hanez Suraya bersama Romie yang masih berstatus suami orang itu bagi menjelaskan keadaan sebenar tentang dakwaan isteri kepada kekasihnya, Nurliyana Abd Manan bahawa dia telah merampas suami kepada wanita tersebut.

Dalam sidang media tergempar itu, Hanez Suraya memberitahu bahawa dia mengenali kekasihnya itu selepas rumahtangganya bersama Nurliyana sudah pun bergolak. Malah, Nurliyana juga sudah memfailkan permohonan cerai terhadap Romie sebelum Hanez dan Romie berkenalan serta menjalinkan hubungan.

Itulah yang dapat Murai Batu simpulkan hasil daripada kenyataan Hanez Suraya sendiri dalam sidang media tergemparnya bersama Romie Razin Adilha itu.

Nak cakap lebih-lebih, Murai Batu tak mahu. Sebab, itu kata Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha. Kata, isteri Romie iaitu Nurliyana lain pulak. Entahlah...

Tapi, prinsip Murai Batu senang saja. Berani kerana benar, takut kerana salah. So, apa kesudahannya nanti, kita sama-sama tengoklah nanti.

Apapun disebabkan kes ini, masyarakat nampaknya lebih banyak yang menyokong Nurliyana termasuklah dari kalangan rakan-rakan selebriti sendiri.

Yang hentam Hanez Suraya pulak tak payah cakaplah. Segala kata nista dan caci maki telah dihamburkan kepada bekas teman wanita penyanyi Awi Rafael ini.

Malah, tidak kurang juga yang menyarankan agar masyakarat memboikot produk kecantikan, Aura White hanya semata-mata kerana Hanez Suraya adalah dutanya. Macam mana tu?sumber
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
05 Mar 2014

Catat Ulasan

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top