Tradisi Pelik Kuburkan Manusia Hidup-Hidup
Namun, pengebumian tersebut hanya perarakan dan bukan benar-benar ditimbus dalam tanah. Tradisi aneh ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas, bandar kecil berhampiran Havana. Selama 30 tahun, perayaan ini selalu disambut pada 5 Februari dan dikenali dengan nama "Burial of Pachencho".
Seperti pengebumian sebenar, ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke liang lahad diiringi muzik dan sekumpulan "orang yang berkabung". Mereka juga memanjatkan doa dan "janda" yang menangisi jenazah bohongan itu ketika akan dikuburkan.
Prosesnya bermula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda kedalam lubang kubur dipimpin seorang ketua. Selepas memberikan doa terakhir, kupulan berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut "jenazah" untuk diminumnya. Setelah itu ia membuka mata dan memanjat keluar dari keranda tersebut.
Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival setempat "Pachencho", dipilih bukan berkaitan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan. Alih-alih bersuasana duka, festival kematian palsu ini malah disambut seperti pesta di jalan-jalan bandar selama seharian.
"Festival ini memberikan nafas pada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar," ucap Yaumara Solis. "Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada, ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan."
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.