Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Beratus - ratus peminat peninju Puerto Rico Christopher Rivera Amaro , 23 , yang mati dibunuh di upacara penghormatan terakhir untuknya kelmarin .

Mayat Amaro yang lengkap dengan sut tinju berhud kuning , berkaca mata hitam dan sarung tangan tinju disandarkan di tepi gelanggang palsu . Dia kelihatan seperti sudah bersedia untuk berlawan di gelanggang yang berlatar tirai merah putih , warna rasmi bendera negara itu .


Naib persiden rumah mayat Marin , Elsie Rodriguez berkata keluarga Amaro mahu upacara itu menonjolkan konsep sukan tinju dan pihaknya menyediakan gelanggang itu sebagai memenuhi permintaan mereka . Gelanggang tinju itu dibina di pusat komuniti di kompleks perumahan awam berhampiran San Juan . Menurut Rodriguez , pihaknya mengambil masa beberapa jam untuk mewujudkan suasana seperti di gelanggang tinju di situ . Sebelum ini , rumah mayat berkenaan pernah menunaikan permintaan yang seumpamanya bagi upacara sedemikian untuk beberapa keluarga ternama lain , termasuk mayat lelaki yang menunggang motosikal .


 Selain itu , terdapat juga mayat seorang lelaki lain menghisap rokok . Amaro yang mempunyai lima rekod kemenangan daripada 15 perlawanan ialah peninju kelas 59 kilogram . Polis berkata , dia ditembak Ahad lalu di Santurce . Amaro meninggalkan seorang balu , seorang anak lelaki dan ibunya . Setakat ini , tiada tangkapan dibuat . -Harian Metro


Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Catat Ulasan

 
Top