Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Majuro (Kepulauan Marshall): Seorang nelayan yang hanyut 14 bulan di Lautan Pasifik menyambung hidup minum dengan hanya meminum darah penyu selain makan ikan dan camar mentah sepanjang tempoh berkenaan.
Jose Salvador Alvarenga yang kini digelar Lelaki Ajaib Pasifik juga minum air kencingnya sendiri untuk mengelak kehausan.
Namun dia gagal membantu rakannya berusia antara 15 hingga 18 tahun dikenali sebagai Ezekiel yang meninggal dunia kira-kira empat minggu selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin pada 21 Disember 2012.
Ezekiel mati kerana tidak dapat menelan atau menghadamkan daging mentah.
Alvarenga berkata, dia terpaksa melepaskan mayat Ezekiel ke laut, namun enggan menceritakan insiden itu lebih lanjut.
“Saya sedih apabila mengenangkan Ezekiel namun bersyukur masih hidup. “Sukar percaya saya terselamat. “Saya tidak dapat ingat apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Apa yang ada dalam memori saya cumalah lautan yang luas.
“Saya terselamat kerana tidak henti berdoa,” katanya.
Menurutnya, dia dan rakannya pada mulanya cuba mendapat bantuan nelayan namun gagal.
Bot dinaiki mereka hanyut lebih 12,500 kilometer dari El Salvador dan dipukul ombak ketika cuaca ribut sebelum akhirnya menemui daratan di Ebon Atoll.
“Saya bernasib baik bot terlanggar sesuatu lalu saya terus mengumpulkan tenaga dan semangat untuk berenang ke daratan.
“Jika tidak mungkin saya terus hanyut. Tidak mungkin saya terselamat dalam keadaan itu,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, dia terlelap keletihan di bawah pokok kelapa tanpa menyedari ada perkampungan di situ.
Penduduk yang menemuinya terkejut apabila mendapati Alvarenga yang berambut panjang dan berjambang lebat dengan pakaiannya yang hampir reput akibat berada di laut tidak ubah seperti watak dimainkan Tom Hanks dalam filem Castaway. -Harian Metro.
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Home
»
Dunia Tidak Masuk Akal
» Lelaki Ini Hanyut 14 Bulan Dilautan Hanya Minum Darah dan Air Kencing
Related Posts
- Kalau Lah Botol Coca Cola Menjadi Botol Minyak Wangi .06 Mar 20140
Wonchan Lee dari Melbourne, Australia membayangkan bagaimana botol minyak wangi Coca-Cola akan...Read more »
- Lelaki India Ini Menaip Perkataan Hanya Menggunakan Hidung05 Mar 20140
Hidung ternyata tidak hanya berfungsi sebagai alat pernafasan saja. Seorang lelaki India baru-baru ...Read more »
- Walaupun Hamil Atlet Wanita Ini Tetap Memasuki Larian Marathon.05 Mar 20140
Sukan lari memang sangat menyihatkan tubuh , tapi bagaimana jika sukan lari dilakukan oleh seorang w...Read more »
- Chef Cantik Ini Memasak Tanpa Menggunakan Pakaian Hanya Guna Apron Lutsinar.05 Mar 20140
Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam k...Read more »
- Telur Ayam Tumbuh Ekor 3 cm Yang Sangat Awesome05 Mar 20140
Telur ayam memang menjadi makanan kegemaran kebanyakan orang untuk dijadikan menu sarapan. Namun te...Read more »
- Fashion Lady Gaga Yang Kontrovesi Yang Buat Kita Termuntah Melihatnya.03 Mar 20140
Penyanyi yang satu ini memang selalu jadi perbincangan. Tidak hanya lagu-lagunya yang mengundang ko...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.