Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Tidak dapat di bayangkan bagaimana mereka menjaga 12 orang anak dan memastikan kesemuanya berjaya menamatkan pengajian hingga ke peringkat ijazah.
Namun, itulah yang berjaya dilakukan oleh Francis L. Thompson, seorang jurutera di Northrop Grumman Corp dan isterinya.
Biarpun mampu untuk memberi kemewahan kepada anak-anaknya, datuk kepada 18 cucu ini memilih itu tidak melakukannya.
Melalui laman web Quartz, Thompson berkongsi caranya mendidik kesemua anaknya yang berusia antara 22 hingga 37 tahun supaya hidup berdisiplin dan berdikari sehingga berjaya dalam kehidupan mereka.
Kerja rumah. Semua anak-anaknya akan mula melakukan kerja rumah seawal usia tiga tahun dan akan mendapat elaun untuk itu. Ketika berusia lapan tahun, mereka membasuh baju masing-masing. Anak-anak juga harus belajar menjahit dan mula menyediakan makan malam apabila sudah pandai membaca buku resepi.
Pelajaran. Setiap hari, semua anak-anak diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran selama dua jam bermula dari jam 6 hingga 8 malam. Jika tiada kerja sekolah yang perlu disiapkan, mereka perlu membaca buku. Selepas tamat tempoh itu, mereka dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti yang disukai. Thompson dan isterinya tidak akan menyokong anaknya sekiranya mereka mengadu mengenai guru yang tidak disukai, sebaliknya meminta mereka supaya memikirkan cara untuk berbaik-baik semula dengan guru itu.
Makanan. Keluarga ini akan bersarapan dan makan malam bersama-sama. Sikap cerewet tidak akan dilayan dan jika mereka berdegil, tiada makanan lain akan disediakan. Setiap hidangan akan mengandungi empat kumpulan makanan penting iaitu daging, tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Hasilnya, kesemua anak-anaknya berani untuk mencuba makanan yang berbeza dan tidak mengalami masalah kesihatan.
Aktiviti Luar. Kesemua anak-anaknya mesti bersukan dan mengikuti persatuan atau kelab mengikut kegemaran mereka. Selain itu, mereka juga digalakkan terlibat dalam kerja amal agar lebih memahami kesusahan yang dihadapi orang lain.
Berdikari. Setiap anak Thompson yang mencapai usia 16 tahun akan diberikan kereta, namun bukanlah yang sempurna. Mereka terpaksa belajar untuk membaikinya sendiri termasuklah anak perempuannya. Thompson hanya akan membayar untuk bahagian-bahagian kenderaan, tetapi bukan untuk mekanik. Hasilnya, anak-anaknya berjaya memandu kenderaan yang diubahsuai dengan titik peluh sendiri. Mereka juga perlu memasang sendiri komputer apabila berusia 12 tahun.
Kewangan. Walaupun mampu, pasangan Thompson tidak membayar wang pengajian ke kolej dan juga majlis perkahwinan anak mereka. Mereka hanya memberikan maklumat dan mengajar anak-anak cara untuk mendapatkan wang termasuklah kerja sambilan, rumah sewa dan sebagainya.
Kesimpulannya, pendidikan secara tegas dan berdisiplin yang diajar oleh jurutera ini bukanlah untuk ‘mendera’ anak-anaknya.
Sebaliknya, dia berjaya menjadikan mereka berdikari dan boleh melakukan sesuatu tanpa perlu sentiasa meminta bantuan orang lain.
“Kami sangat menyayangi anak-anak kami, namun kami bukanlah kawan baik mereka. Kami ibu-bapa mereka,” ujarnya.
Sumber: Mynewshub
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Home
»
»Unlabelled
» Rahsia Bapa Didik 12 Anak Hingga Berjaya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan