Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Terdapat beberapa faedah dengan melakukan aktiviti berjalan kaki. Di antaranya ialah dapat menguatkan daya ingatan seseorang. Bahagian otak yang di kaitkan dengan ingatan di kenali sebagai hippocampus. Semakin berusia seseorang itu maka bahagian otak ini semakin mengecut yang mengakibatkan berlakunya proses kealpaan atau mudah lupa. Latihan fizikal seperti berjalan di katakan sangat bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan kerana ini dapat meningkatkan lagi jumlah hippocampus di dalam otak kita. Ikuti rahsia atau tips berjalan kaki di bawah;
 
 
  • Pakai pakaian yang selesa untuk aktiviti berjalan kaki, ini dapat membuatkan tubuh badan anda dapat bergerak dan bernafas dengan baik.

  • Jangan berjalan tanpa menggunakan kasut yang sesuai. Ini dapat mengelak kaki anda dari tercedera semasa berjalan.

  • Bengkokkan tangan anda 90 darjah semasa berjalan dan jangan di lipat tangan anda. Lihat contoh di bawah;

  • Semasa berjalan pastikan anda pandang lurus ke hadapan. Jangan berjalan dengan menundukkan kepada ke bawah melihat kaki kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan pada belakang, bahu atau leher anda.

  • Jangan paksa diri anda. Untuk permulaan lakukan dalam masa 15 minit. Kemudian pada hari-hari berikutnya tambahkan masa sehingga 30 minit. Lakukan ikut kemampuan anda.

  • Dalam seminggu rehatkan diri anda sehari dari berjalan untuk memberi ruang pada tubuh badan anda berehat.

  • Minum segelas air 30 minit sebelum berjalan dan 20 minit semasa berjalan dapat menghidratkan tubuh badan anda.
 http://suterayon.blogspot.com/
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Catat Ulasan

 
Top