Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.
Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.
Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.
Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.
“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.
"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.
Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.
Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.
"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.
"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya. SUMBER
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Related Posts
- Bekas Tapak Kaki Manusia Berusia 800 ribu tahun di Temui di England.06 Mar 20140
Bekas tapak kaki yang ditemui di balik lumpur di pantai di Happisburgh Norfolk, England baru ...Read more »
- Misteri Penemuan Gulungan Naskah Tulisan Ibrani di Laut Mati06 Mar 20140
Penemuan tulisan-tulisan tangan berbahasa Ibrani dan Aramaik kuno di wilayah Qumran, selepas ...Read more »
- Wanita Ini Mempunyai Wajah Pelik Seperti Raksasa Jadian24 Feb 20140
Seorang wanita di China apabila mukanya menjadi besar akibat daripada tumor yang ada pada bahagian ...Read more »
- Tradisi Gantung Keranda Berisi Mayat Kanak-kanak Diatas Pokok.24 Feb 20140
Masyarakat setempat percaya tradisi tersebut akan memudahkan bayi bayi tersebut akan lebih mud...Read more »
- Simpan Mayat Isteri Bawah Meja Kerana Cinta23 Feb 20140
Jeff Green yang berasal dari Arizona telah menderita sejak pemergian isterinya. Untuk mengubat kerin...Read more »
- Misteri Hutan Kuno Berusia 5000 Tahun Timbul Dipermukaan Laut.22 Feb 20140
Fenomena alam baru - baru ini terjadi di perkampungan di Borth , Mid Wales , United Kingdom . ...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.