Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Tidak dapat dinafikan lagi jika negara Jerman dikenali dengan kemajuan teknologi dan sains. Selain industri otomotifnya, Jerman juga mempunyai sistem pengangkutan yang canggih, salah satunya adalah monorail tergantung. Bandar Wuppertal terkenal dengan sistem monorailnya dan merupakan yang tertua di dunia. Dibina pada tahun 1900, Schwebebahn Wuppertaler atau "keretapi terapung" telah beroperasi sejak 1901, walaupun mengalami dua perang dunia, pelbagai kemalangan dan peristiwa lain.
Pada akhir abad 19, bandar Wuppertal mengalami pertumbuhan industri dan penduduk yang tinggi. Dengan keadaan seperti ini, diperlukan sistem pengangkutan masal yang cepat dan cekap. Namun ciri-ciri geografi bandar Wuppertal dengan daerah bukit, sungai yang cetek kerap berlaku banjir dan paras air tanah yang tinggi menjadi cabaran bagi perancang bandar. Kemudian muncullah idea untuk membuat monorail gantung.
Reka bentuk monorail tergantung yang direka untuk bandar Wuppertal datang dari jurutera Inggeris Henry Palmer yang sudah menyusun rancangan untuk monorail tergantung pada 1824. Jurutera Jerman Carl Eugen Langen akhirnya membina dan menguji prototaip pertama untuk monorail tergantung bermotor di Cologne pada tahun1880.
Pada tahun 1898, di bawah Wilhem Feldmann pembinaan awal monorel di Wuppertal bermula. Dalam masa tiga tahun sistem pengangkutan ini telah selesai dibina dan dibuka untuk umum pada 1901. Pengangkutan ini segera dikenali sebagai "Wuppertaler Schwebebahn," yang ertinya adalah "kereta mengambang." Wuppertal menjadi mod baru pengangkutan bandar dan bahkan Maharaja Jerman William II ikut berpartisipasi dalam uji coba sistem monorel ini pada tarikh 24 Oktober, 1900.
Mengingati sejarahnya yang panjang, hanya terjadi sedikit kemalangan dan tidak ada yang direkodkan sehingga tahun 1999 ketika Kereta Nombor 4 tergelincir kerana ada benda yang tertinggal di sebelah kiri atas landasan selepas pembaikan. Satu petak kereta jatuh dan lima penumpang maut sementara 47 cedera. perkhidmatan monorel hampir tidak pernah berhenti.
Semasa Perang Dunia I , penumpang menurun kerana sebahagian besar penduduk lelaki berperang , menyebabkan semua Operasi dipegang oleh perempuan. Selepas perang , salah satu stesen merupakan sebahagian daripada wilayah Perancis dan penumpang harus melewati imigresen untuk meneruskan perjalanan, yang memerlukan masa perjalanan lebih lama .
Pengeboman pada Perang Dunia II dan serangan udara di Wuppertal membuat stesen dan sebahagian dari trek rosak , sehingga perkhidmatan penuh tidak mungkin. Selepas kerosakan terburuk yang terjadi pada tahun 1945, perkhidmatan harus dihentikan sama sekali. Namun, setelah perang pembinaan semula Schwebebahn segera dilakukan sehingga pada tahun 1946, perkhidmatan boleh dilanjutkan sepenuhnya.
Sejak tahun 1901, konsep monorel telah dikenali di seluruh dunia kerana banyak kelebihan:
1. Meminimalisir keperluan ruang mendatar dan menegak,
2. Kos pembinaan yang lebih murah berbanding dengan sistem rel konvensional,
3. Kurangnya pencemaran bunyi
4. Tidak mengganggu sistem pengangkutan yang lain.
Namun, malangnya monorel hanya dapat berjalan pada trek mereka sendiri, sehingga membuat keserasian dengan infrastruktur rel lain hampir tidak mungkin. Selain itu juga, setiap monorel memerlukan waktu pembuatan yang lama dan kos yang mahal. Monorel yang terkenal boleh didapati di Kuala Lumpur, Sydney, Osaka, Tokyo dan di banyak taman hiburan . Keretapi gantung lainnya ada di Memphis, Dresden dan Dortmund.
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Related Posts
- Kapal Terbang Ini Mampu Memancar Gelombang WIFI Secara Percuma Jika Melalui Sesebuah Negara07 Mar 20140
Niat Facebook untuk menggelilingi dunia dengan internet telah dimulai. Facebook dikhabarkan sedang ...Read more »
- Karya Seni Rumah Usang Ditelan Bumi Yang Sangat Awesome07 Mar 20140
Seniman, Ian Strange telah mencipta sebuah pemasangan outdoor iaitu sebuah rumah yang seolah-olah t...Read more »
- Foto Pengambilan Madu Secara Kuno Yang Sangat Ekstrem di Nepal07 Mar 20140
Seorang jurugambar dokumentari travel, Andrew Newey baru-baru ini melakukan satu ekspedisi ke Nepa...Read more »
- Ribuan Tikus Dianggap Dewa Tinggal di Kuil Disembah dan Diperlihara04 Mar 20140
Sebahagian besar orang menganggap tikus sebagai perosak. Kerana diyakini sebagai penyebab berb...Read more »
- Bunga Ros Yang Menyeramkan Berbentuk Seperti Tengkorak Manusia04 Mar 20140
Alam kadang memberi kejutan yang tidak terduga . Siapa sangka , dari sebuah kelopak bunga ros yang ...Read more »
- Kanak-kanak 4 Tahun Reka Baju Dari Kertas Mirip Seperti Selebriti Hollywood04 Mar 20140
Para ibu bapa, terutama yang baru mempunyai anak, seolah berlumba-lumba memberikan pakaian ter...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.