Home
»
»Unlabelled
» Kebesaran Allah Wanita `Mati Otak’ Lahirkan Bayi Sihat - Kisah Benar
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
13
Nov
2013
Kebesaran kuasa Allah. Seorang bayi yang dikandung oleh wanita yang mengalami `mati otak’ telah dilahirkan menerusi pembedahan selepas 27 minggu berada dalam kandungan ibunya.
Bayi itu lahir pada bulan Julai lalu ketika ibunya bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hayat.
Wanita yang berusia 31 tahun itu mengalami serangan angin ahmar ketika dia sedang mengandung 15 minggu dan meskipun mengalami mati otak, namun janin di dalam kandungannya itu sihat.
Doktor kemudiannya membiarkan wanita itu bergantung kepada mesin sokongan hayat sehinggalah bayi tersebut dilahirkan.
Dua hari selepas kelahiran anaknya itu, wanita itu meninggal dunia.
Bayi itu kini semakin sihat dan ini adalah kes ketiga di dalam dunia yang mengalami keadaan yang sama.
Doktor membenarkan bayi tersebut dibawa pulang bulan lepas dan pasukan perubatan mengambil masa untuk membuat pengumuman mengenai kejayaan berkenaan kerana mahu memastikan bayi itu selamat.
Keluarga bayi tersebut bagaimanapun tidak mahu nama dan identiti wanita itu serta anaknya didedahkan bagi tujuan privasi.
“Selepas dua hari wanita menjalani caesarean, tahap kesihatannya semakin menurun dan peredaran darah dalam badan juga terhenti.
“Kami cuba menyelamatkannya namun gagal dan mesin sokongan hayat telah dimatikan,’’ kata doktor yang merawatnya, Dr. Bela Fulesdi.
Jelasnya, ketika bayi itu dilahirkan beratnya hanya 0.5 kilogram namun sebaik dikeluarkan, bayi itu menangis dan mula bergerak-gerak.
“Ia merupakan satu keajaiban dan kami yang terlibat dalam pembedahan tersebut tidak akan melupakan detik-detik tersebut,’’ katanya.
Sepanjang tempoh mengandung, bapa bayi itu dan neneknya akan menggosok perut wanita itu.
Selain itu mereka juga akan bercakap dengan janin di dalam kandungannya.
Muzik terapi juga dimainkan bagi membantu perkembangan janin.
Manakala kedudukan wanita tersebut pula sentiasa dialihkan kerana doktor bimbang dia akan mengalami jangkitan di bahagian belakang.
Selepas kematiannya, organ seperti buah pinggang, pancreas dan hati milik wanita itu telah didermakan kepada empat pesakit lain.
mynewshub
Recent Posts
- PERAN DAUN MURBEI DALAM MENJAGA KESEHATAN TUBUH01 Dec 20230
profile Selama ini kita hanya mengenal buah murbei sebagai salah satu buah sehat yang menjadi bahan ...Read more »
- CARA MERAWAT KUCING HUTAN AGAR JINAK DAN SEHAT04 Nov 20230
CARA MERAWAT KUCING HUTAN AGAR JINAK DAN SEHATSaat ini kucing hutan banyak dipelihara dan mulai popu...Read more »
- WARNA BUNGA DAN ARTINYA04 Nov 20231
WARNA BUNGA DAN ARTINYA Say it with flowers, itulah ungkapan yang sering kita dengar untuk meng...Read more »
- CARA MENANAM DAN MERAWAT BUNGA LAVENDER28 Oct 20230
CARA MENANAM DAN MERAWAT BUNGA LAVENDER Bunga lavender adalah bunga yang memiliki ciri khas ya...Read more »
- MANFAAT TANAMAN KALIANDRA YANG SERBAGUNA24 May 20211
MANFAAT TANAMAN KALIANDRA YANG SERBAGUNANama asli tanaman ini adalah Xilip de Qorcolorado. Ia didata...Read more »
- MENGENAL GAYA TANAMAN BONSAI05 Feb 20201
Gaya atau style tanaman bonsai bermacam-macam, ada puluhan macam gaya bonsai yang diterapkan...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.