Seteguk Air Boleh Membahayakan Nyawa Pesakit | Akibat seteguk air boleh membahayakan nyawa kita dan akan mengakibatkan kompilasi semasa pembedahan. Tahukah anda mengapa para pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu berpuasa sebelum masuk ke bilik pembedahan?
Tak tahu? Meh Luna beritahu kenapa..Berdasarkan penjelasan daripada doktor pakar yang merawat sepupu Luna di hospital tempoh hari , pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pesakit masuk ke bilik pembedahan dan tidak dibenarkan minum seteguk air pun walaupun setitis. Hal ini kerana apabila seteguk air yang masuk ke dalam tekak manusia akan menghasilkan satu jag jus di dalam perut manusia. Ia akan menyukarkan pernafasan apabila pesakit menjalani pembedahan kerana saluran pernafasan di kerongkong di tersekat kerana dibius. Air tadi tidak dapat keluar dari mulut dan ia akan naik ke paru-paru pesakit dan akan mengakibatkan penyakit baru muncul iaitu paru-paru berair yang akan membahayakan nyawa pesakit tadi.
“Seteguk Air Sama Seperti Satu Jag Air Di Dalam Perut Manusia”
http://fuh.my/
Catat Ulasan