Sebagai seorang wanita berkerjaya yang sentiasa dihambat waktu semestinya memilih menu yang mudah di siapkan buat keluarga tetapi mutu kesedapan tetap perlu dijaga. Kesibukan bekerja, kesesakan lalu lintas semuanya itu terlalu membataskan waktu untuk menyediakan hidangan yang renyah buat keluarga. Hari ini saya ingin berkongsi resepi mudah dan sedap yang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak.
Resepi ini juga dapat mengelakkan pembaziran kerana intinya boleh gunakan leftover iftar hari sebelumnya. Contohnya seperti sambal sardin dan sambal ikan bilis yang saya guna.
Resepi Roti Goreng
Bahan:
Roti Putih Gardenia (boleh juga guna jenama lain)
Sambal ikan bilis/sambal ikan sardin
Tepung gandum
Tepung beras
Garam
(Boleh juga masukkan tepung goreng pisang + tepung gandum)
Cara-cara:
Campurkan tepung gandum dan tepung beras dengan nisbah 2:1
Bancuh dengan air dan tambah garam serta sedikit kunyit (untuk serikan warna roti)
Roti dipotong empat secara menyerong
Letakkkan sambal ikan bilis/sambal sardin ke atas roti dan ambil sekeping lagi letak di bahagian atas (seperti buat sandwich)
Celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan
Resepi mudah, cepat dan sedap telah siap. Ini adalah menu kegemaran anak-anak saya. Intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh menggunakan daging cincang yang dimasak bersama sayuran atau dimasak dengan kentang. Boleh juga diganti dengan sayuran campur yang ada kacang, jagung dan carrot di masak dengan telur atau daging/ayam cincang atau boleh juga guna sosej. Sekiranya suka manis boleh diganti dengan inti kelapa lebihan buat ketayap, inti kacang merah lebihan buat pau mahupun inti kacang hijau lebihan kuih kasturi. Pendek kata ikut kreativiti masing-masing.
http://juneaina.blogspot.com
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan