Petua Untuk Menghentikan Anak Menghisap Ibu Jari Dengan Mudah | Setiap anak kita mesti ada ragam dan habit masing-masing kan. Ada dikalangan anak kita suka hisap puting dan ada juga yang hisap hujung bantal (bantal busuk).
Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak kita suka menghisap jari? Bukan tidak boleh tetapi untuk mengekalkan kebersihan untuk anak kita juga. Lebih baik mencegah dari mengubati.
Berikut merupakan sedikit petua yang boleh dijadikan rujukan dan panduan. InsyaAllah.
Petua Untuk Menghentikan Anak Menghisap Ibu Jari
1. Balut ibu jari anak anda.
2. Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
3. Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
4. Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk menghisap jari.
5. Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. Contohnya, alat permainan.
6. Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
fuh.my
Catat Ulasan