Tubuhnya kecil dan rendah, senjata yang dibawa lebih tinggi daripada ketinggianya. Namun bagi kanak-kanak berumur 11 tahun ini, dia tergolong dalam kumpulan yang mahir menggunakan senjata api jenis AK-47. Namanya Muhammad Afar, anggota paling kecil di Jaisyul Hurr as Suriyya atau Free Syrian Army (FSA).
"Dia seorang penembak yang hebat. Dia adalah singa kecilku," kata ayah kepada Muhammad Afar, Muhammad Saleh Afar.
Kemanapun dia pergi, Muhammad Afar yang tinggal di bandar Aleppo ini selalu membawa senjata lengkap dengan peluru dan walkie-talkie tergantung di jaketnya. Dengan tegas dan yakin, dia kemukakan tekadnya untuk membunuh Bashar al Assad, yang telah membunuh ratusan ribu saudaranya di Syria.
"Saya ingin tetap hidup sebagai seorang Mujahid hingga Bashar mati dibunuh," ucap Afar kepada vice.com dan dilaporkan news.com.au, Isnin (2/9/2013).
Di kalangan anggota FSA, Afar cukup dihormati walaupun dia masih seorang kanak-kanak. Beberapa mujahid memujinya sebagai penembak yang bagus. Tanpa ragu-ragu, Afar menunjukkan ketrampilannya dengan senjata. Afar mengagumi para mujahid yang bergabung pada Tandzim al-Qaeda, Jabhat al Nusrah.
"Mujahidin Jabhat al Nusrah benar-benar memahami Islam dan syariatnya. Mereka amat faham apa maknanya menjadi seorang muslim," kata Asfar.
"Ketika ayahku pergi ke barisan hadapan di medan petempuran, dia membawaku bersamanya. Ayah meminta aku supaya berhati-hati. Kami kemudian mencari tempat yang selamat untuk menembak musuh," tambah Afar.
detik islam
Catat Ulasan