Jika pada tanggal 1 September lalu, Abby Abadi dan suami, Farhan telah selamat diraikan dalam majlis persandingan di kediamannya di sekitar ibu negara, kelmarin Murai Batu dapat tahu pasangan itu diraikan pula oleh keluarga pihak lelaki dalam satu majlis persandingan di kampung suaminya di Tumpat, Kelantan.
Manis dan bahagia sahaja Murai Batu lihat daripada foto-foto yang dimuat naik oleh Abby bersama suaminya yang di dalam laman Instgraram miliknya itu.
Meskipun Murai Batu lihat pasangan itu bersanding dengan cara yang agak sederhana, tetapi terpancar kebahagiaan di wajah mereka apabila anak-anak Abby turut bersama meraikan.
Pasangan merpati dua sejoli itu mengenakan baju kurung dan baju Melayu rona hijau muda.
Malah, Abby juga sempat memberitahu bahawa baju yang dipakai ketika bersanding itu dibe
linya sehari sebelum majlis kerana baju yang sepatutnya dipakai pada hari itu, tidak hadir dengan tudung.
Abby memberitahu lagi, walaupun gaya bajunya tampak seperti majlis perkahwinan zaman 80-an, namun dia sukakan persalinan itu.
Asalkan dia dapat memakai pakaian lengkap menutup aurat.
Selain gambar bersama anaknya, Abby sempat berkongsi gambar bersama keluarga besar suaminya di Kelantan.
Apa yang pasti, Murai Batu tumpang gembira dengan pasangan ini dan berharap agar perkahwinan mereka dapat kekal hingga hujung nyawa.
http://www.murai.com.my/
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan