

Siapa Fatih Seferagic?
Fatih Seferagic merupakan seorang warganegara Bosnia, tetapi dilahirkan di Jerman. Pada usia 4 tahun, dia berhijrah ke Amerika dan terus bermastautin di sana. Beliau tinggal di Arizona selama lebih kurang 3/4 tahun dan kemudiannya berpindah ke Maryland dan tinggal di sana selama 7 tahun. Kemudian berpindah lagi ke Baltimore, di mana di sanalah beliau mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam.

Di Baltimore, Fatih Seferagic bersekolah di Sekolah Hifzh, sekolah bagi penghafaz Al-Quraan. Bermula pada usia 9 tahun, Fatih mengambil masa 3 tahun bagi menyudahkan hafazan nya. Bermaksud pada usia 12 tahun, beliau sudah bergelar seorang Hafiz. Subhanallah!
Walaupun sudah menghabiskan hafazan, namun beliau masih kekal di sana untuk tempoh lagi 2 tahun. Pada tahun 2010, Fatih Seferagic diterima masuk ke Program Bayyinah Dream, di mana beliau berpeluang mempelajari Bahasa Arab dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pemuda di Masjid Syaikh Yassir Brijas di Dallas, TX.



Populariti Fatih Seferagic mula melonjak di peringkat global apabila video-video bacaan Al-Quraan nya mula tersebar di Youtube. Dengan pakej yang lengkap, muka hensem, suara sedap, dan penghafaz Al-Quraan, maka dengan mudah sekali, Fatih Seferagic mengumpulkan peminat-peminat di seantero pelosok dunia, terutamanya dalam kalangan belia Islam. Fatih Seferagic juga pernah mengadakan lawatan ke Malaysia pada 22 Jun 2013 hingga 7 Julai 2013 yang lalu. Maka dengan segala kelayakan seperti ini, maka layaklah beliau untuk dijadikan ikon oleh belia-belia Islam di seluruh dunia!
Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.