Home
»
»Unlabelled
» Sempurnakah Kita Untuk Memilih Yang Baik Baik Sahaja?
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
http://gilerkentang.com
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
01
Jul
2013
Seringkali kita mendengar jawapan; bila bertanya dengan seseorang tentang ciri ciri pasangan pilihannya. Pasti banyak yang keluar jawapan mahu yang kaya, yang kacak, cantik, sedap mata memandang dan sebagainya. Untuk isu kali ni kita abaikan ciri ciri yang selayaknya ada seperti baik hati, penyayang dan lain lain. Ciri ciri selayaknya ini bukan satu ciri idaman tapi adalah ciri yang sememangnya sudah ada dalam diri setiap individu.
Jadi kadang kadang saya hairan bila ada teman yang berkata “Aku nak cari husband kaya, senang duduk rumah goyang kaki” sedangkan diri teman itu sendiri bukanlah seorang yang ternama dan cun. Angannya terlebih sedikit mahukan lelaki yang kaya kaya sahaja. Sama juga dengan para lelaki yang menginginkan wanita yang suci, cantik, putih untuk dibuat isteri, sedangkan yang tuan empunya diri mukanya pecah pintu (maaf).
Sebaiknya, sebelum membuat pilihan berkenaan pasangan, sila cermin diri sendiri dahulu. Ini kerana jika kita menganggap diri kita sempurna sekarang, tidak mustahil satu masa nanti ‘kesempurnaan’ yang kita ada Allah tarik balik. Memilih pasangan seharusnya didasari dengan rasa ikhlas kerana kita akan bersamanya hingga akhir hayat. Dia yang cantik sekarang mungkin tidak akan cantik lagi waktu tua nanti. Dia yang kaya sekarang mungkin akan muflis satu masa nanti.
alau rasa mahu memilih juga, pastikan diri tu benar benar layak. Hehe..ini tidak.. gaji pun baru RM1,500 ada hati nak gadis secantik model jadi isteri. Barang make up dia pun agaknya lebih dari RM1,500 tu
Selain itu, jika kita memilih pasangan hidup atas dasar kelebihannya semata mata, maka bersediakan untuk ditinggalkan bila dia nampak kelemahan kita nanti. Jangan mulakan sesuatu (perkahwinan) dengan hati yang tidak ikhlas. Bila ada dugaan nanti susah nak atasi.
Ada satu lagi kes di mana sesetengah lelaki sering salah anggap mengenai saranan mengenai pemilihan isteri. “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis di atas menyuruh lelaki memilih wanita atas dasar agamanya, bukan memilih wanita yang ada cukup 4 ciri ciri tu. Ada tau lelaki macam tu. Dia cuma nak wanita yang cantik, keturunan baik, kaya dan bijak. Mana nak cari bhai perempuan sempurna macam tu? Kalau ada pun sure ke dia nak kat u? Hehe. Jadi cermin diri, fikir betul betul layak ke kita ni memilih yang baik baik saja sedangkan diri sendiri…. (sila sambung sendiri).
Recent Posts
- PERAN DAUN MURBEI DALAM MENJAGA KESEHATAN TUBUH01 Dec 20230
profile Selama ini kita hanya mengenal buah murbei sebagai salah satu buah sehat yang menjadi bahan ...Read more »
- CARA MERAWAT KUCING HUTAN AGAR JINAK DAN SEHAT04 Nov 20230
CARA MERAWAT KUCING HUTAN AGAR JINAK DAN SEHATSaat ini kucing hutan banyak dipelihara dan mulai popu...Read more »
- WARNA BUNGA DAN ARTINYA04 Nov 20231
WARNA BUNGA DAN ARTINYA Say it with flowers, itulah ungkapan yang sering kita dengar untuk meng...Read more »
- CARA MENANAM DAN MERAWAT BUNGA LAVENDER28 Oct 20230
CARA MENANAM DAN MERAWAT BUNGA LAVENDER Bunga lavender adalah bunga yang memiliki ciri khas ya...Read more »
- MANFAAT TANAMAN KALIANDRA YANG SERBAGUNA24 May 20211
MANFAAT TANAMAN KALIANDRA YANG SERBAGUNANama asli tanaman ini adalah Xilip de Qorcolorado. Ia didata...Read more »
- MENGENAL GAYA TANAMAN BONSAI05 Feb 20201
Gaya atau style tanaman bonsai bermacam-macam, ada puluhan macam gaya bonsai yang diterapkan...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.