Home
»
»Unlabelled
» Perisai Muslimah
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
19
Jul
2013
Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.
Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih ‘sweet’ dari wanita-wanita ‘hot’ yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu ‘hot’, syurga itu ‘sweet’.
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu “aku seorang muslimah”.
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. “sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain”.
Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, “orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun”. Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa “aku ni alim”, tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
Sekilas pandang di sebuah ‘blog’ milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-
“Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri”.
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.
- Artikel iluvislam.com
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Recent Posts
- PERAN DAUN MURBEI DALAM MENJAGA KESEHATAN TUBUH01 Dec 20230
profile Selama ini kita hanya mengenal buah murbei sebagai salah satu buah sehat yang menjadi bahan ...Read more »
- CARA MERAWAT KUCING HUTAN AGAR JINAK DAN SEHAT04 Nov 20230
CARA MERAWAT KUCING HUTAN AGAR JINAK DAN SEHATSaat ini kucing hutan banyak dipelihara dan mulai popu...Read more »
- WARNA BUNGA DAN ARTINYA04 Nov 20231
WARNA BUNGA DAN ARTINYA Say it with flowers, itulah ungkapan yang sering kita dengar untuk meng...Read more »
- CARA MENANAM DAN MERAWAT BUNGA LAVENDER28 Oct 20230
CARA MENANAM DAN MERAWAT BUNGA LAVENDER Bunga lavender adalah bunga yang memiliki ciri khas ya...Read more »
- MANFAAT TANAMAN KALIANDRA YANG SERBAGUNA24 May 20211
MANFAAT TANAMAN KALIANDRA YANG SERBAGUNANama asli tanaman ini adalah Xilip de Qorcolorado. Ia didata...Read more »
- MENGENAL GAYA TANAMAN BONSAI05 Feb 20201
Gaya atau style tanaman bonsai bermacam-macam, ada puluhan macam gaya bonsai yang diterapkan...Read more »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.