Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Moga perjalanan kehidupan kalian berjalan dengan lancar….ameen. Hari ini Kasih Suci ingin membincangkan topik tanda-tanda lelaki apabila mereka merindu.
Biasanya wanita akan mempamerkan riak apabila mereka merindui insan yang dicinta, tetapi lelaki juga merindu dan meluahkan rindu dendam yang mereka pendam. Apakah tanda-tanda lelaki itu sedang merindu?
1.Bila lelaki merindu mereka suka menghabiskan masa bersama anda
2.Bila merindu dia mudah merasa cemburu walau kedudukannya sebagai buah hati anda tidak tergugat sebenarnya
3.Bila merindu lelaki kadang kala mudah marah-marah kerana tidak sanggup menahan pedihnya merindu
4.Bila merindu lelaki mudah berkecil hati dan menganggap diri mereka diabaikan sedangkan anda sedang sibuk dengan tugas seharian
5.Bila merindu lelaki akan stalk semua gambar anda satu persatu walaupun gambar tu telah berulang kali mereka lihat
Sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja, bila hati antara keduanya telah bertaut pasti rasa sayang tidak dapat diluah dan rasa rindu tidak dapat dibendung bila berjauhan. Kebaikan apabila merindu ia akan menambahkanrasa sayang dan cinta di dalam hati antara keduanya. Pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu dendam yang terpendam di hati. Namun jika rindu yang tidak mampu dibendung dan mula membuahkan perasaan cemburu dan rasa cemas takut ditinggalkan ia akan memakan diri sendiri dan bahaya kepada sesuatu perhubungan itu.
Sebagai insan pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan namun apa yang penting bertolak ansur dan saling menyayangi perlu dalam menjadikan perhubungan itu menjadi syurga dunia dan akhirat juga ..insyaAllah…
ammarblog.com
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan