Selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2 dan permulaan zaman Perang Dingin antara blok Barat dan Komunis, kapal selam telah memainkan peranan yang sangat penting terutamanya dalam membolosi pertahanan pihak musuh secara senyap-senyap tanpa dikesan..Kini, dengan teknologi moden, kapal selam telah dilengkapi dengan alatan yang lebih sofistikated dan pihak tentera laut British telah mula mengambil langkah ini bagi membina kapal selam versi terbaru dan tercanggih mereka sendiri..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Dengan kos pembinaan yang menelan belanja sebanyak £1 Bilion setiap sebuah, ia mempunyai sistem gelombang sonar yang boleh mengesan kapal-kapal lain di laut sejauh 3,000 batu dan mampu membawa muatan gergasi 38 buah peluru berpandu Tomahawk.
HMS Ambush, kapal selam serangan berkuasa nuklear terbaru pihak tentera Laut Diraja British merupakan salah satu kapal selam tercanggih berkuasa dari jenisnya yang pernah dicipta.
Kapal selam kelas Astute yang telah di lancarkan kini mempunyai teknologi yang sangat tinggi di mana ia tidak memerlukan periskop, sejenis alat untuk melihat keadaan di permukaan laut seperti yang lazimnya ada pada setiap kapal selam.
Anak-anak kapal dipercayai akan menggunakan sistem kamera digital untuk melihat di atas permukaan air apabila ia menyelam.
Di bina oleh BAE System, ia mempunyai jumlah bahan api nuklear yang cukup untuk membuat perjalanan selama 25 tahun tanpa henti - memberi fleksibiliti yang besar untuk taktikal.
Reaktor nuklear yang dilengkapi pada kapal selam ini sangat kuat dan hanya memerlukan masa yang terhad untuk keperluan penyelenggaraan dan mengisi semula bekalan.
Kapal selam kelas Astute ini merupakan yang paling besar, paling maju dan paling berkuasa dalam sejarah Tentera Laut, menawarkan reka bentuk bertaraf dunia dan senjata serba boleh.
HMS Ambush mampu membuat perjalanan sejauh 500 kilometer dalam sehari dan membolehkan ia berada di mana sehaja tempat di seluruh dunia dalam masa 2 minggu.
Ia juga merupakan kapal selam yang paling senyap pernah dibina, mampu melayari sepanjang perairan negara musuh untuk menurunkan tentera pasukan elit atau mengesan bot-bot musuh selama beberapa minggu.
Kuasa-kuasa asing akan mendapati mereka akan mudah dikesan dengan sistem sonarnya yang paling sensitif dan mampu mengesan kapal dalam jarak yang jauh.
Peluru berpandu Tomahawk nya mampu menembak sasaran dalam jarak 1,200 batu jauhnya - menjadikannya senjata paling penting dalam armada tentera laut British.
Komander kaoal selam tersebut, Peter Green, 47 berkata kapal selam ini 'sukar ditandingi'. "Kapal selam ini menjadi satu langkah yang besar dalam operasi air", katanya pada Daily Mirror.
"Keupayaan mengesannya sangat menggerunkan. Ia mempunyai sistem sonar dengan kuasa pemprosesan sebanyak 2,000 komputer riba".
Trajektori persenjataan lain pada kapal selam ini tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.
Sebanyak 103 anak kapal nya akan tinggal di kabin yang berukuran 2x1 meter dengan 18 anak kapal perlu berkongsi dalam satu bilik.
Kapal selam ini akan menjalani beberapa ujian sebelum ia boleh ditauliahkan dalam perkhidmatan tentera Laut.

p/s: Dengan satu kapal selam ni pun dah cukup nak tawan satu negara..
http://drysheet.blogspot.com/ Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan