Kalau kita nak cari gambar-gambar lama sekitar proses mengundi masa Pilihan Raya dulu-dulu, memang agak sukar di jumpai di laman-laman blog. Walaupun dunia tanpa sempadan sekarang sudah di hujung jari anda, tapi ada benda yang sukar untuk kita temui. Antaranya gambar-gambar lama sekitar proses mengundi Pilihan Raya dulu-dulu.
Berikut gambar yang saya dapat dari sebuah akhbar tempatan dan saya kongsikan bersama pembaca di blog ini, gambar-gambar sekitar proses mengundi Pilihan Raya zaman datuk nenek, malah mak ayah kita dulu-dulu. Memang agak kabur kerana gambar lama, tetapi satu yang menarik untuk sesama kita menghayati suasana zaman itu.
Gambar atas seorang ibu mengundi sambil menggendong anak kecilnya
Orang ramai berpusu-pusu ke pusat mengundi di sebuah dewan tahun 50-an
Sebuah bangsal di jadikan pusat mengundi sekitar tahun 50-an
Proses penghantaran peti undi menggunakan basikal dan dikawal oleh polis
Bagi kawasan pendalaman seperti Sabah dan Sarawak khidmat helikopter digunakan untuk menghantar peti-peti undi ke pusat pengumpulan
Pusat pengumpulan dan pengiraan kertas undi sekitar Pilihan Raya tahun 50-an
http://amekaw.com/ Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.