Masa hujung minggu selalunya tencari-cari tempat manakah yang nak pergi untuk beriadah bersama keluarga, lari dari kesibukan kerja seminggu.. Semestinya tempat2 riadah seperti sungai, kawasan air terjun dan taman rekreasi menjadi tumpuan seisi keluarga kerana suasana nyaman dan berlainan dari keadaan harian...
Jadi jom kita selongkar antara kawasan2 tumpuan seisi keluarga beriadah....ke taman-taman rekreasi di Malaysia...
1. Taman Rekreasi Gunung Keriang - Kedah
Terletak lebih kurang 12km dari Alor Setar, Taman Rekreasi Gunung Keriang terkenal dengan jelajah hutan dan berkhemah. Gua Guning Keriang yang berdekatan juga berbaloi untuk diterokai.
2. Hutan Rekreasi Bukit Hijau - Kedah
Rimbun dengan flora dan fauna, Hutan Rekreasi Bukit Huijau terletak di Baling, 120km di tenggara Alor Setar. Ianya adalah tempat perlindungan bagi pecinta-alam yang mencari tempat berehat dan ketenangan. Berkelah di air terjun jernih kristal tujuh tingkat adalah satu tarikan utama di sini.
3. Taman Ulu Muda Eko - Kedah
Terletak di bahagian timur Kedah, rantau Ulu Muda seluas 105,000 hektar ini adalah lanskap hutan terbesar di Kedah. Satu hutan warisan yang terpencil dan tidak terusik, disebut sebagai satu daripada 10 destinasi eko-perlancungan terbaik dibawah Rancangan Eko-Perlancungan Kebangsaan, hutan ini menjangkau ke Thailand membolehkan pergerakkan bebas kehidupan liar melintasi sempadan. Kawasan-kawasan yang bertaburan dengan batu-batu kecil granit adalah sebagai sumber mata air galian panas dan sembilan jilat garam, termasuk Sita Hangat, mata air galian terbesar di negara ini. Dianugerahkan dengan kecantikan alam yang terbaik, taman ekologi ini menjadi sebagai suatu simpanan untuk pelbagai mamalia Malaya liar, besar dan kecil
4. Teman Rekreasi Gua Kelam - Perlis
Satu kilometer dari pekan damai Kaki Bukit, barat laut Perlis, ialah Gua Kelam. Kaki Bukit dulu adalah pekan kecil yang terlibat dalam perlombongan timah bawah tanah. Dipercayai telah dikorek dari sebahagian banjaran gunung batu kapur oleh sungai kecil bawah tanah dalam satu tempoh yang sangat lama, Gua Kelam mempunyai 370 meter panjang laluan gua. Satu laluan kayu tergantung di keseluruhan jarak laluan yang bercahaya membolehkan pelawat-pelawat meninjau stalaktit dan stalagmite yang tebentuk dengan menarik. Berdekatan dengan pintu masuk gua ialah satu taman rekreasi. Disamping mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi, taman ini mempunyai pusat maklumat pelancung, gerai makan dan kemudahan-kemudahan sukan air.
5. Taman Negeri Perlis - Perlis
Satu lagi pengalaman di Perlis yang tidak dapat dilupakan ialah Taman Negeri yang merentasi sepanjang banjaran bukit batu kapur berterusan yang paling panjang di negeri ini, terletak di bahagian barat laut sempadan Malaysia-Thai. Mengandungi sejumlah luas kawasan 5,000 hektar, Taman Hutan simpanan ini menawarkan pelbagai pemandangan alam yang terindah.
Banjaran Nakawan mempunyai lereng-lereng hutan yang tebal, sistem gua yang luas, bukit yang sangat curam dan banyak sungai-sungai kecil di hutan.
6. Taman Rekreasi Bukit Air – Perlis
Ianya terletak beberapa kilometer ke utrara Kelab Golf. Pelawat-pelawat boleh mengalami lanskap yang cantik dan kebingitan hutan tropika. Sungai-sungai kecil yang dingin meliku melalui hutan tropika dan air terjun lata menuju ke kolam berbatu. Ianya adalah lokasi yang terhebat untuk berkelah, taman ini mempunyai tapak berkhemah dan kesemua kemudahan asas.
7. Taman Rekreasi Bukit Mertajam – Pulau Pinang
Terletak di kaki Bukit Mertajam adalah satu taman rekreasi yang agak tidak terusik oleh manusia. Untuk yang sukakan pengembaraan, pendakian bukit adalah lebih kurang 4 kilometer disepanjang laluan hutan. Di atas bukit, seseorang dapat merasai aliran air yang dingin dan pemandangan Bukit Mertajam yang indah dan kawasan disekelilingnnya. Diatas puncak, satu perasaan aman dan tenang dapat memujuk hati pelawat-pelawat.
8. Taman Rekreasi Ulu Bendul – Negeri Sembilan
Terletak 16km dari Seremban, Ulu Bendul adalah satu dari enam taman rekreasi yang telah dikenalpasti untk pembangunan eko-perlacungan. Sekeliling taman ini yang rendang dan air dingin dari sungai kecil di gunung yang segar membuatkan Ulu Bendul tempat tumpuan perkhemahan yabg digemari. Gunung Angsi yang setinggi 825m itu menyediakan laluan-laluan cabaran untuk pendaki gunung dan jejak-jejak hutan yang menarik bagi pecinta alam.
9. Taman Rekreasi Serting Ulu – Negeri Sembilan
Ianya terletak di Hutan Simpan Serting; lebih kurang 15 minit perjalanan dari Simpang Pertang di Jempol. Kemudahan-kemudahan yang ada termasuk bangsal rehat, gerai makan, bilik rehat dan pavilion. Air terjun yang dingin dan segar dan kolam buatan manusia adalah tarikan utama untuk pelawat-pelawat. Kolam air terjun mempunyai kekunci air digunakan untuk mengawal paras air, membolehkan peluang untuk membuat celupan dingin di dalam air yang segar.
10. Taman Hutan Komanwel - Selangor
Taman ini telah dilancarkan pada 1993 untuk memperingati Mesyuarat Hutan Komanwel yang ke 14. Ia terletak di sebelah kiri jalan besar selepas sahaja Taman Templer dan mudah untuk di cari. Pelancung-pelancung yang melepasi Rawang dari KL patut berhenti sebentar di Taman Hutan Komanwel. Taman ini diselubungi dengan hutan , taman berlanskap, tempat berkhemah,chalet, air pancut, lorong merentas dan lain-lain kemudahan untuk pelancung merasakan kecantikan semulajadinya.
11. Taman Rekreasi Kanching - Selangor
Hutan Rekreasi Kanching menawarkan suasana yang nyaman dan dingin kepada pelawat-peawat. Ia adalah tempat yang ideal untuk berkelah dan pelawat-pelawat boeh mengambil kesempatan ini untuk mencelupkan diri ke dalam air yang dingin dan menyegarkan.Tahap dua dan tiga adalah tempat yang popular bagi pekelah-pekelah di mana air terjun berakhir dengan kolam yang luas dan sungai kecil berbatu tongkol.
12. Taman Rekreasi Sungai Congkak - Selangor
Air sungai yang dingin, jernih dan jeram-jeram adalah tarikan utama Hutan Rekreasi Sungai Congkak. Ia terletak di kawasan hutan simpanan sungai Lang dengan hutan hujan tropika warna-warni dan pelbagai spisis flora dan fauna. Terdapat kebun buah-buahan berhampiran hutan hujan tropika dan kemudaahan-kemudahan untuk berkhemah, berkelah dan berenang. Terdapat chalet untuk pelawat-pelawat bermalam.
13. Taman Rekreasi Gunung Pulai – Johor
Taman Rekreasi Gunung Pulai terletak lebih kurang 45km dari Johor Bahru, ia adalah sebuah hutan simpanan dan tempat perlindungan haiwan. Terdapat beberapa air terjun dan kolam-kolam di kaki gunung dan kesemua itu telah menjadi tempat kegemaran berkelah dikalangan orang tempatan dan pelancung. Di sini seseorang boleh mendapatkan jambatan tali yang memberi pelawat-pelawat yang suka pada pengembaraan keseronokkan ‘canopy walk’ 40 meter dari atas tapak hutan.
14. Hutan Rekreasi Sekayu – Terengganu
Terletak di Kuala Berang, 60km di baratdaya Kuala Terengganu, tarikan utama Hutan Rekreasi Sekayu adalah Air Terjun Sekayu. Terdapat bukit yang subur dengan salutan hutan, kebun buah-buahan, zoo mini, taman burung, taman bunga dan sebuah rumah untuk berehat di bawah bukit. Terdapat kemudahan awam untuk bermandi dan bersalin, serta juga gazebo.
15. Hutan Simpan Pelagat – Terengganu
Terletak di Besut, 70km di baratlaut Kuala Terengganu. Terdapat kemudahan-kemudahan untuk merentas hutan, berenang, dan berkhemah. Pelawat-pelawat boleh berkhemah dan berenang di kawasan Air Terjun Lata Tembakan. Tidak jauh dari situ ialah LA Hot Spring.
16. Taman Rekreasi Setiu Peladang – Terengganu
Daya tarikannya ialah suasana keliling yang asli dan tenang seperti hutan hujan tropika, sungai, gua,air terjun, dan flora dan faunannya. Ini adalah tempat yang ideal untuk meneroka alam semulajadi kerana pokok-pokok dan tumbuhan telah ditandakan. Buah tropika seperti duku, cempedak, durian rambai dan rambutan boleh didapati di sini. Benih-benih bunga dan buah tropika boleh dibeli di sini. Lain-lain tarikan seperti merentas hutan, mendaki gunung, melihat burung dan memancing boleh juga dilakukan.Tempat penginapan boleh didapati di sini.
17.Hutan Rekreasi Sungai Tekala - Selangor
Lokasi yang dekat dengan Kuala Lumpur menjadikan ianya sebuah lokasi pilihan pengunjung kerana tidak perlu memandu terlalu jauh dari ibu kota.Sememangnya Hutan Lipur ini menjadi tumpuan pengunjung yang mahu beriadah dan berkelah bersama keluarga pada cuti umum. Setiap pengunjung yang masuk ke hutan lipur yang juga terletak di dalam Hutan Simpan Sungai Lalang itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 bagi dewasa dan 50 sen bagi kanak-kanak.
Hutan Lipur Sungai Tekala ini menjadi menjadi pilihan orang ramai kerana kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, surau, calet, denai hutan, tapak perkhemahan dan tandas yang diselenggara dengan baik.
P/S : Mungkin banyak lagi taman-taman Rekreasi di Malaysia ni yang tak tersenarai... Serba serbi semuanya ada... Tak perlu jauh-jauh.. Semuanya ada di Malaysia - Truly Asia Promote Skit
selongkar10 blogsport.com Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan