Dalam sebuah kemalangan besar seorang anggota polis bertanya kepada pemandu kereta yang telah melanggar 50 orang mangsa dengan keretanya.
“Bagaimana kamu memandu, kenapa kamu langgar sampai 50 orang dalam pasar malam tadi…?” Tanya polis tersebut.
Pemandu itu menjelaskan,”Sebenarnya saya cuma mengurangkan jumlah kecelakaan tuan, inilah akibatnya…”
“Apa maksud kamu? Cuba ceritakan satu persatu…” kata pegawai polis meminta penjelasan lanjut.
“Ketika saya memandu dengan laju, tiba- tiba sebuah lori ingin melanggar saya dari arah bertentangan…”
“Kalau saya elak ke kanan, saya akan melanggar lima orang penunggang basikal, jika saya elak ke kiri saya akan langgar dua orang penunggang motorsikal.Kalau tuan jadi saya tuan akan mengelak ke kiri atau ke kanan?” Tanya pemandu itu.
“Bagi mengurangkan jumlah kecelakaan, tentulah saya mengelak ke kiri, kerana hanya dua orang penunggang motorsikal di situ…” kata pegawai polis.
“Itulah yang saya lakukan tuan, saya mengelak ke arah kiri lalu melanggar salah seorang penunggang motorsikal…” jawab pemandu itu.
“Tapi sekarang ini kamu sudah melanggar 50 orang pejalan kaki, apa yang berlaku…? ” Tanya polis lagi kehairanan.
“Ketika saya mengelak ke kiri, saya hanya melanggar seorang penunggang motorsikal, seorang lagi penunggang terselamat kerana dia memecut ke arah pasar malam, jadi saya pun kejar dia sampai ke pasar malam…”
http://www.jiwarosak.com
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan