Foto yang diambil dari ruang legar terbuka udara ini cukup menarik perhatian Abang Bisu. Sekaligus ia merangsang jemari AB untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang amat terhad ini dengan kalian semua.
Apa yang mata kalian pandang ini adalah satu jeti yang dihasilkan daripada lumpur, garam, batu, tanah dan air. Terbentuknya ia hasil dari sentuhan seni arkitek Amerika Syarikat, Robert Smithson pada tahun 1970. Spiral Jetty ini terletak di Great Salt Lake berhampiran Rozel Point di Utah, AS. Berukuran sepanjang 1,500 kaki (460m) dan selebar 15 kaki (4.6m), gegelung seumpama tumbuhan batang resam ini hanya boleh dilihat apabila air tasik Great Salt surut pada 4,197.8 kaki.
Tambah kapsyen |
Ketika pembinaanya, negeri Utah mengalami kemarau teruk sehingga air tasik Great Salt pun turut sama terjejas. Oleh sebab itu, mengambil kesempatan di ruang yang ada, Mister Robert telah mengambil langkah positif untuk membinanya sebagai hasil seni muka bumi. Selang beberapa tahun, air tasik kembali normal dan ia telah menenggelamkan Spiral Jetty.
Selama hampir 3 dekad ia tidak kelihatan. Sehingga akhirnya, pada tahun 2004, air tasik Great Salt kembali surut selama setahun. Pada masa itulah, ia mula kembali famous a.k. a terkenal sehinggalah sekarang.
karyawan bisublogsport
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan