Gambar Mutiara Dalam Tiram Yang Mengagumkan | Sebenarnya admin baru terjumpa gambar mutiara dalam tiram. Subhanaallah. Kuasa Allah Maha Esa.
Sesiapa yang belum pernah tengok gambar mutiara dalam tiram, admin akan kongsikan bersama-sama.
Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang (kerang-kerangan) dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi.
Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Ingsang menapis plankton daipada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.
Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas.
Tiram yang dimakan tidak mampu menghasilkan mutiara berkualiti tinggi, sungguhpun salah faham pendapat sering dijumpai, sering kelihatan dalam gambaran atau gambar di mana tiram yang boleh dimakan sering kali dikaitkan dengan mutiara berkualiti tinggi.
Gambar Mutiara Dalam Tiram Yang Mengagumkan
http://blogfyna.com
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Catat Ulasan