Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Sejak dahulu lagi, dalam buku teks Sains kita mengatakan hanya ada 4 rasa asas yang boleh dikesan oleh lidah, iaitu manis, masin, masam dan pahit. Setiap kawasan lidah, mempunyai kepekaan tersendiri terhadap rasa asas yang tertentu, contohnya rasa manis pada lidah yang paling hujung dan rasa pahit pada lidah yang paling dalam.


Deria Rasa Yang Kelima : Rasa Umami? 

Namun, pada tahun 1908, seorang Profesor dari Universiti Imperial Tokyo, Profesor Kikunae Ikeda telah mencadangkan satu lagi rasa asas yang baru iaitu UMAMI.






UMAMI?. 
Profesor Kikunae Ikeda ini telah menjalankan kajian ke atas rasa yang dihasilkan oleh kesedapan kuah kombu rumpai laut, iaitu sejenis makanan tradisi Jepun. Beliau telah mendapati bahawa rasa sedap itu datangnya daripada bahan glutamat (sejenis asid amino dan ribonukleotida yang mengandungi inosinat dan guanilat yang terhasil semula jadi dalam makanan, termasuk daging, ikan, sayur dan produk tenusu) yang ada pada makanan tersebut. 

 
Rasa nya yang tersendiri dan bercampur-campur dengan rasa lain, maka rasa umami ini kurang dapat dikesan oleh kebanyakkan manusia sekalipun mereka pernah merasanya! Oleh sebab rasa sedap itu adalah berbeza daripada rasa manis, masam, pahit dan masin, maka Profesor Ikeda pun menamakan rasa baru itu sebagai rasa umami.
Dalam Bahasa Jepun sendiri, perkataan UMAMI membawa maksud "rasa enak yang menyenangkan".!

Seterusnya, pengikut Profesor Ikeda, iaitu Profesor Shintaro Kodama telah memanjangkan lagi kajian tersebut kepada bahan lain. Ini juga diikuti oleh Akira Kuninaka yang juga menyedari wujudnya rasa umami pada banyak makanan lain, terutamanya bahan yang kaya dengan glutamat. 

Peta dunia yang menunjukkan negara dan jenis makanan yang mengandungi rasa umami

Hakikatnya, banyak makanan yang kita makan pada setiap hari adalah makanan yang kaya dengan rasa umami. Terutamanya makanan seperti daging, sayur-sayuran, kerang-kerangan, cendawan, serta makanan yang diperam. Makanan Malaysia yang ada rasa umami adalah seperti belacan dan tempe.
 
 Tentunya rasa umami pertama yang semua manusia rasa adalah susu ibu! 


http://www.cikguhailmi.com

Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral

Catat Ulasan

 
Top